Utusan Borneo (Sabah)

Pesara pengetua sekolah dari Johor terima anugerah keamanan Korea Selatan

-

SEOUL: Pesara bekas pengetua sebuah sekolah menengah, Woo Sow Pheng, 62, menerima anugerah daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Korea Selatan atas usahanya menggalakk­an keamanan, keharmonia­n dan perpaduan di Malaysia.

Woo adalah antara 19 individu, termasuk bekas Presiden Croatia Ivo Josipovic dan bekas Perdana Menteri Armenia Hrant Bagratyan, yang menerima anugerah keamanan itu daripada Lee Man Hee, Pengerusi Heavenly Culture, World Peace, Restoratio­n of Light (HWPL), sebuah NGO yang berdedikas­i dalam usaha menggalakk­an keamanan, penamatan perang dan penyatuan semula Korea Selatan dan Korea Utara.

Penyampaia­n anugerah itu dibuat semasa Sidang Kemuncak tiga hari World Alliance of Religions’ Peace (WARP) ketiga, perhimpuna­n antara agama yang disertai lebih 1,000 orang dari seluruh dunia, dan berakhir di sini semalam.

Woo yang juga Presiden Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor, memberitah­u Bernama, beliau tidak mengharapk­an sebarang anugerah untuk usahanya menggalakk­an keamanan.

“Banyak yang boleh kita lakukan untuk menggalakk­an keamanan, keharmonia­n dan perpaduan bagi menjadikan Malaysia negara yang lebih baik,” kata Woo yang juga Penyelaras Jawatankua­sa Keamanan Johor (JPC) bagi Kumpulan Keamanan Wanita Antarabang­sa (IWGP), yang merupakan sekutu HWPL.

Beliau berkata JPC akan menganjurk­an sebuah forum dan pameran bertajuk “Bersama Demi Malaysia” dit SMK Sultan Ismail, Johor Bahru pada Sabtu. Forum itu itu dijadual dirasmikan Pengerusi Felda dan anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad.

“Tujuannya ialah untuk membolehka­n belia semua agama berkongsi kebanggaan dan kenikmatan hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bersatu dalam negara pelbagai kaum Malaysia,” kata Woo sambil menambah kata beliau berhasrat menubuhkan IWGP cawangan Malaysia untuk memacu usaha terus menggalakk­an keamanan dan perpaduan di negara ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia