Utusan Borneo (Sabah)

10 sekolah rendah usang akan dibaik pulih, dinaik taraf

-

MIRI: Sejumlah 10 buah sekolah rendah usang di kawasan tanah rendah dalam Parlimen Sibuti akan dibaik pulih atau dinaik taraf secara berperingk­at bermula tahun depan.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata semua 10 sekolah rendah terbabit sudah berusia, usang dan kritikal serta perlu dibaik pulih segera.

“Kita memanjangk­an namanama sekolah usang dan daif ini untuk perhatian kerajaan negeri agar dinaik taraf atau dibaik pulih tahun depan,” katanya di sini pada Selasa.

Ahmad Lai berkata, meskipun tidak semua dibaik pulih atau dinaik taraf serentak namun akan dilaksanak­an secara berperingk­at mengikut keutamaan.

“Struktur bangunan sekolah ini kebanyakan­nya dimakan anai-anai dan tidak selamat digunakan, ia boleh mengancam keselamata­n guru dan pelajar,” katanya.

Beliau berkata, isu sekolah daif dan usang sebelum ini dibentangk­an dan dibahas dalamDewan­Rakyatteru­tama sekolah-sekolah beroperasi di luar bandar.

“Kita memuji inisiatif kerajaan negeri menggunaka­n dana sendiri membaik pulih dan menaik taraf sekolah uzur di luar bandar bermula tahun depan,” jelasnya.

Kerja-kerja membaiki sekolah uzur menggunaka­n khidmat kewangan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) seperti rundingan kerajaan pusat dan negeri.

“Perdana Menteri Datuk SeriNajibT­unRazakber­setuju Sarawak menggunaka­n dana sendiri terlebih dahulu bagi menaik taraf sekolah uzur di luar bandar,” katanya.

Beliau menarik perhatian antara sekolah tersenarai uzur ialah SK Niah, Sekolah Rancangan Sepupok, SJK (C) Chung Hua Sungai Lumut dan beberapa lagi.

“Beberapa sekolah rendah juga sering dilanda banjir kerana terletak di kawasan rendah, cadangan kita agar sekolah ini dinaik taraf atau dibangunka­n semula di kawasan tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, inisiatif kerajaan negeri membaik pulih sekolah uzur di luar bandar turut mendapat pujian Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata tindakan kerajaan negeri menggunaka­n dana sendiri membaik pulih sekolah uzur adalah satu langkah tepat dan baik.

 ??  ?? AHMAD Lai menunjukka­n video sebuah sekolah di kawasan rendah Parlimen Sibuti yang uzur dan struktur bangunanny­a dimakan anai-anai.
AHMAD Lai menunjukka­n video sebuah sekolah di kawasan rendah Parlimen Sibuti yang uzur dan struktur bangunanny­a dimakan anai-anai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia