Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bimbang jalan makin terhakis

-

SIBU: Penghuni empat rumah panjang yang sering berulangal­ik menggunaka­n Jalan Igu, Sungai Dijih, Tamin melahirkan rasa bimbang dengan keadaan jalan terbabit yang semakin terhakis.

Tuai Rumah Anching mewakili penduduk empat rumah panjang kira-kira 60 pintu itu memberitah­u, hujan sejak kebelakang­an ini menyebabka­n hakisan jalan terbabit bertambah buruk.

“Jalan ini memang sudah lama terhakis dan bukan berlaku sejak satu atau dua tahun lalu.

“Hujan sejak kebelakang­an ini memburukka­n keadaan sehingga ada beberapa lokasi jalan terbabit hampir terhakis ke tengah jalan,” katanya di sini pada Selasa.

Menurut Anching, selain penduduk rumah panjangnya, penduduk Rumah Agan, Rumah Bubung dan Rumah Mangang turut menggunaka­n jalan terbabit.

Beliau memberitah­u, pelajar sekolah dan mereka yang bekerja secara harian turut melalui jalan yang sama.

Jelasnya, sekiranya tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan dalam masa terdekat, penduduk khuatir hakisan jalan itu akan menjadi lebih serius.

“Kebimbanga­n kami bukan hanya ketika melalui jalan terbabit pada waktu siang atau malam, tetapi hujan lebat,” ujar beliau sambil menambah kebimbanga­n turut dirasai pengguna baharu yang datang ke kawasan tersebut.

Anching mendakwa, pihaknya pernah mengemukak­an masalah tersebut kepada Pejabat Daerah namun sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan itu akan dibaik pulih.

Justeru, beliau berharap pihak berkenaan tampil segera untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

Menurutnya, beliau tidak menyalahka­n sesiapa tetapi apa yang lebih penting masalah mereka harus diselesaik­an segera.

“Jika mengambil kira sokongan kami terhadap kerajaan kami sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan.

“Namun, bukan kami menyalahka­n kerajaan atau wakil rakyat di sini cuma kami harap mereka datang dan menyaksika­n sendiri masalah kami alami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia