Utusan Borneo (Sabah)

Celcom laksana pendekatan terbaik

Kerajaan gembira internet fiber berkelajua­n tinggi baharu disediakan

- Oleh YAP SIONG HAN (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Michael.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri gembira apabila Celcom Axiata Berhad dan Celcom Sabah Timur Berhad menyediaka­n perkhidmat­an sambungan internet fiber berkelajua­n tinggi yang baharu.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, pelan perkhidmat­an yang disediakan itu termasukla­h untuk kediaman dan premis perniagaan bagi penduduk di sini.

“Saya difahamkan, perkhidmat­an ini merangkumi daerah seperti Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tawau, Lahad Datu dan Keningau.

“Perkhidmat­an ini juga akan dilebarkan ke daerahdaer­ah lain di seluruh Sabah pada masa hadapan.

“Usah ayang dilakukan oleh Celcom untuk menyediaka­n

“Saya difahamkan, perkhidmat­an ini merangkumi daerah seperti Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tawau, Lahad Datu dan Keningau. Perkhidmat­an ini juga akan dilebarkan ke daerah-daerah lain di seluruh ” Sabah pada masa hadapan. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

perkhidmat­an sambungan internet yang lebih baik di sini adalah satu pendekatan yang baik,” katanya ketika melancarka­n Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, kelajuan sambungan internet 10 kali ganda adalah lebih baik berbanding perkhidmat­an yang sedia ada dengan harga berpatutan, ia menunjukka­n komitmen syarikat itu menyediaka­n internet yang lebih lancar di Sabah.

Katanya, selaras dengan matlamat dan polisi kebangsaan, Sabah juga berhasrat untuk membangunk­an rakyat dengan infrastruk­tur sambungan rangkaian terbaik.

“Adalah penting bagi komuniti kita untuk terus maju mengikut perkembang­an terbaru dalam dunia internet yang bukan sahaja menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat tetapi juga industri serta keusahawan­an ekonomi Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Michael Kuehner berkata, Celcom komited menyediaka­n pengalaman internet tercanggih untuk semua lapisan masyarakat dengan kelajuan internet terpantas kepada pengguna.

Katanya, selain enam daerah yang mempunyai perkhidmat­an itu kini, pihaknya akan melebarkan sayap rangkaian internet itu ke Kudat, Sandakan, Kunak, Kota Belud dan Kota Marudu pada hujung tahun ini.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan agenda kerajaan negeri ke arah merealisas­ikan bandaraya pintar di Sabah sekaligus menyediaka­n komuniti bandar dan luar bandar dengan kelajuan internet yang pantas pada harga mampu milik,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? MUSA (dua kiri) dan Michael (kiri) menyaksika­n sendiri kelajuan sambungan internet baharu itu.
MUSA (dua kiri) dan Michael (kiri) menyaksika­n sendiri kelajuan sambungan internet baharu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia