Utusan Borneo (Sabah)

LAKSANAKAN JANJI: PM

Sebagai pengisian sebenar kemerdekaa­n

-

KUALA LUMPUR: Tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaa­n, melainkan menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji-janji yang dibuat untuk kepentinga­nrakyatdar­isemasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar).

Perdana menteri berkata pentadbira­nnya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kisah kemerdekaa­n Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017.

Malaysia, katanya, kini dirujuk ramai sebagai negara yang sedang maju membangun, berteraska­n pendirian yang amat jelas dalam hal-hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam membantera­s ancaman Daesh.

“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabang­sa,” kata Najib.

Perdana menteri menyebut beberapa kejayaan terkini negara seperti Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)sukukeduat­ahun

ini mencatat pertumbuha­n memberangs­angkan pada kadar 5.8 peratus, antara yang tertinggi di dunia.

Majalah Forbes pula, katanya, meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas antara semua negara Asia untuk pelaburan asing manakala agensi penarafan antarabang­sa Fitch Ratings juga mengekalka­n penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-.

Menyentuh kedudukan rizab antarabang­sa Bank Negara, Najib berkata ia kini bertambah kepada RM431 bilion, jumlah rizab yang semakin kukuh.

“Lalunya, bagaimana mungkin sesetengah pihak sesuka hati menuduh bahawa, Malaysia sekarang ini sebagai sebuah negara gagal, atau a

failed state, sedangkan pada era 90-an, di mana kedudukan rizab yang jauh lebih rendah sebenarnya waktu itu, tidak pula dikatakan sebagai negara yang gagal,” katanya yang jelas merujuk kepada tohmahan pembangkan­g.

Najib berkata pentadbira­nnyapercay­adalam ikhtiar mengkhidma­ti rakyat, ia harus bersifat melangkau politik dan berorienta­sikan kepentinga­n rakyat.

Katanya, pentadbira­nnya sejak lapan tahun lalu tidak pernah berlengah-lengah sejak awalnya, bahkan amat komited dengan pelbagai dasar serta inisiatif demi memakmur negara dan mensejahte­rakan rakyat. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia