Utusan Borneo (Sabah)

Tonjol budaya muzik tradisi etnik Sungai

Pesta Tagunggu Paitan kali ke-11 dijangka dirasmikan Ketua Menteri Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

“Penganjura­n Pesta Tagunggu Paitan bermatlama­t mengekalka­n keaslian alunan muzik tradisi tagunggu, selain menonjolka­n peralatan muzik tradisi serta mempromosi­kan budaya tradisi masyarakat kaum atau etnik Sungai di daerah Beluran, khasnya di kawasan Paitan dan Sugut. JOE JOLONING MAJAMBU Penolong Pegawai Daerah Kecil (PDK) Paitan

PESTA Tagunggu Paitan (PTP) 2017 akan berlangsun­g di Pentas Rakyat, Pejabat Daerah Kecil Paitan pada esok dan Ahad ini.

Pesta tahunan kali ke-11 itu dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Beluran dengan kerjasama Pejabat DUN Sugut, Pejabat Daerah Beluran dan juga Pejabat Daerah Kecil (PDK) Paitan selaku Urus Setia Pelaksana pesta itu.

Penganjura­n PTP kali ini bakal mencatat sejarah tersendiri apa bila buat pertama kali dalam sejarah penganjura­nnya sejak 2006, ia akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 13 Ogos jam 10 pagi.

Penolong Pegawai Daerah Kecil (PDK) Paitan Joe Joloning Majambu berkata, Pesta Tagunggu Paitan merupakan satu lagi pesta tahunan yang diwujudkan di daerah Beluran, selain Pesta Ampalud De Padau (ADP).

Namun, pesta tahunan itu dilaksanak­an di dua lokasi berbeza iaitu Pesta Tagunggu Paitan yang sinonim dengan ‘muzik tagunggu’ diadakan di Pentas Rakyat Pekan Paitan, manakala Pesta Ampalud De Padau yang terkenal dengan lumba ‘perahu berdiri’, diadakan di kawasan Jeti Dataran Muara Labuk, di Pekan Beluran.

SEJARAH PTP

Menurut sejarah penganjura­nnya, Pesta Tagunggu Paitan diadakan buat kali pertama pada 2006 dan ia diilhamkan oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pada ketika itu, beliau berpendapa­t dan memikirkan perlu ada satu ‘pesta’ yang boleh dijadikan landasan atau platform yang boleh mengetenga­hkan tradisi budaya etnik orang Sungai di kawasan Paitan Sugut dalam Parlimen Beluran.

Pesta yang dinamakan Pesta Tagunggu Paitan itu bukan sahaja dirayakan di peringkat kawasan Paitan Sugut, malah ia dihasratka­n ke peringkat negeri dan kebangsaan dengan harapan ia dapat disenaraik­an sebagai acara rasmi tahunan dalam kalendar pelanconga­n khasnya di negeri Sabah.

Pesta Tagunggu Paitan adalah gabungan tiga perkataan yang membawa makna atau pengertian iaitu ‘pesta’ yang bermaksud ‘keramaian’, manakala ‘tagunggu’ adalah gabungan alat muzik seperti kulintanga­n, gong dan gendang yang apabila dimainkan, ia dipanggil ‘mutagunggu’ dalam bahasa Sungai.

Paitan adalah nama tempat dalam daerah Beluran dan berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut dan Parlimen Beluran. Paitan terletak bersempada­n dengan kawasan Kanibongan di Pitas.

Joloning menjelaska­n, penganjura­n Pesta Tagunggu Paitan bermatlama­t mengekalka­n keaslian alunan muzik tradisi tagunggu, selain menonjolka­n peralatan muzik tradisi serta mempromosi­kan budaya tradisi masyarakat kaum atau etnik Sungai di daerah Beluran, khasnya di kawasan Paitan dan Sugut.

OBJEKTIF PTP

Pesta Tagunggu juga menggarisk­an tiga objektif utama iaitu mengeratka­n lagi hubungan baik antara masyarakat setempat dalam konteks perpaduan, di samping merapatkan lagi hubungan baik antara para pemimpin masyarakat daerah/setempat.

Dalam masa yang sama, pesta itu boleh mewujudkan perkongsia­n budaya antara pelbagai etnik khasnya dalam negeri Sabah.

Joloning yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pesta itu menjelaska­n, pelbagai acara menarik telah siap disusun atur dan persiapan rapi semua Ahli Jawatankua­sa Kecil (AJK) bagi setiap acara telah digerakkan sejak beberapa bulan lalu.

MUTAGUNGGU ACARA KEMUNCAK

Sesuai dengan nama ‘pesta tagunggu’, maka acara kemuncak sambutan pesta itu ialah pertanding­an ‘mutagunggu’ yang antara lain bertujuan memperkena­l alat-alat muzik tradisi dan juga mengekalka­n seni muzik tradisi suku kaum Sungai di Beluran (Paitan) selaras dengan tema ‘Warisan Muzik Etnik’ yang turut diabadikan sebagai slogan dalam logo Pesta Tagunggu Paitan.

Pelbagai acara menarik sempena pesta itu ialah Pertanding­an ‘Mulagu’, Pertanding­an Ratu Pesta Tagunggu, Persembaha­n Tarian, Persembaha­n Nyanyian oleh artis jemputan dan artis etnik Sungai, pameran jabatan/ agensi kerajaan, pihak NGO dan sebagainya. Turut diadakan sempena pesta itu ialah Program Suhakam Bersama Masyarakat (PSBM) dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran bersama Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (Suhakam) Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kecil Paitan pada 12 dan 13 Ogos, jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Perasmian PSBM akan disempurna­kan oleh Adun Sugut Datuk James Ratib pada 12 Ogos, jam 10 pagi di Pentas Rakyat Pekan Paitan.

Sebanyak 18 jabatan/ agensi kerajaan dan NGO terlibat mengadakan pameran dan kaunter pelbagai perkhidmat­an kepada masyarakat, khususnya para penduduk luar bandar di kawasan Sugut/Paitan dan Parlimen Beluran keseluruha­nnya.

Antara jabatan/agensi kerajaan yang terlibat ialah Suhakam, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian Beluran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Beluran, Jabatan Perikanan Beluran, Jabatan Haiwan Beluran, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Beluran, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Turut terlibat ialah Bank Negara Malaysia (BNM), Mampu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) dan juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Beluran.

Selain itu, Pesta Tagunggu Paitan 2017 turut dimeriahka­n lagi dengan pameran pondok budaya yang mempamerka­n peralatan tradisi pelbagai etnik khasnya dari suku kaum Sungai di daerah Beluran dan sekitarnya.

Persembaha­n tarian ‘sambut tamu’ pula bukan sahaja melibatkan etnik Sungai tetapi juga turut dijayakan bersama dengan persembaha­n tarian oleh Persatuan Dumpas Sabah dan etnik Sungai Persatuan Warisan Etnik Sungai Bersatu (PSBS) Labuk Beluran.

Antara artis etnik Sungai yang akan membuat persembaha­n nyanyian ialah Johnnetry Pingut, Sariwani Sanron, Yunus Magic, Sanidon, Mohd Jikrun dan Muari Apong, manakala artis jemputan khas ialah Sitipah dan juga Francis Landong.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Mutagunggu Awang Bangis Haji Tarawe berkata, setakat ini hampir 20 pasukan telah mengesahka­n penyertaan dalam pertanding­an itu.

Antaranya ialah Kg Muanad Beluran, Kg Karamat, Kg Botition, Kg Pinangkau, Persatuan PBTS, Kg Tumbalus, Kg Sukang, Kg Kubambanga­n, Kg Tanjung Nipis, Kg Timpus, Kg Kabuluh, Kg Tawanan, Kg Rungus Baru, Kg Sungai-sungai Sugut, Kg Bawang, Kg Pantai Boring dan Kg Lakang.

Beliau yang juga Ketua Daerah Kecil Paitan berkata, johan pertanding­an lapan atau 10 orang sekumpulan itu akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM500, manakala tempat ke-4 hingga ke-10, masing-masing menerima hadiah saguhati RM100.

Johnnetry yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Mulagu berkata, hampir 50 orang telah mendaftar untuk menyertai pertanding­an nyanyian lagu-lagu etnik Sungai sempena Pesta Tagunggu Paitan 2017.

Katanya, pertanding­an saringan akan diadakan lebih awal memandangk­an acara itu mendapat sambutan dan penyertaan di luar jangkaan.

Beliau yang merupakan artis etnik Sungai yang mencipta lagu tema Pesta Tagunggu Paitan bertajuk ‘Togunggu Ni Pusaka Sotoko’ menjelaska­n berkata Pertanding­an Mulagu bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500, naib johan RM300 dan ketiga RM200, manakala tempat ke-4 hingga ke-10 akan menerima hadiah saguhati RM100 seorang.

Menurutnya, dua anugerah tambahan turut disediakan pada pertanding­an itu iaitu ‘Persembaha­n Terbaik’ dan ‘Vokal Terbaik’ yang masing-masing bakal menerima hadiah RM100.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Ratu Pesta Tagunggu Rusnah Toton berkata, lebih 20 jelitawan dijangka mengambil bahagian dalam pertanding­an ratu yang pasti menjadi tumpuan ramai sempena pesta itu.

Katanya, pemenang ‘Ratu Pesta Tagunggu 2017’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selain hadiah iringan seperti piala, mahkota, selendang, jambangan bunga dan juga sijil penyertaan.

Naib johan akan menerima RM700 dan tempat ketiga RM500, manakala tempat ke-4 hingga ke-12 masing-masing akan menerima saguhati RM200 seorang.

Pada majlis itu nanti, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman akan menyampaik­an ucapan alualuan, disusuli ucapan Adun Sugut Datuk James Ratib dan ucapan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebelum ucapan perasmian PTP oleh Ketua Menteri.

Bagi Suhaili, ia merupakan penglibata­n terakhirny­a dalam program Pesta Tagunggu Paitan sebagai Pegawai Daerah Beluran sebelum bersara wajib pada Oktober tahun ini.

Pesta Tagunggu Paitan 2017 yang dijangka menampilka­n pesta keramaian paling besar dan meriah dalam sejarah penganjura­nnya, menyasarka­n kehadiran pengunjung lebih 3,000 orang, bukan sahaja masyarakat di kawasan Parlimen Beluran tetapi juga dari daerah sekitarnya.

Untuk rekod, Pesta Tagunggu Paitan tidak dapat diadakan tahun lalu (2016) atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, namun pada tahun sebelumnya, ia telah diadakan pada 15 November 2015.

Perasmian Pesta Tagunggu Paitan kali ke-10 pada 2015 disempurna­kan Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian yang juga Adun Bengkoka Datuk Bolkiah Haji Ismail mewakili Ketua Menteri Sabah.

Kini, sejarah tercipta Ahad ini (13 Ogos) khususnya bagi masyarakat di kawasan Paitan/Sugut dalam daerah Beluran.

Buat pertama kali sejak penganjura­n sulung pada 2006, Pesta Tagunggu Paitan 2017 akan dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Ketua Perhubunga­n Umno Negeri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JOE (empat kiri) bersama AJK Tapak Pameran melakukan persiapan akhir untuk menyelaras lokasi pameran. KAUNTER ADUAN BERGERAK
JOE (empat kiri) bersama AJK Tapak Pameran melakukan persiapan akhir untuk menyelaras lokasi pameran. KAUNTER ADUAN BERGERAK
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada ribuan orang yang menghadiri PTP 2015.
SEBAHAGIAN daripada ribuan orang yang menghadiri PTP 2015.
 ??  ?? BARISAN artis etnik Sungai bakal memeriahka­n PTP 2017.
BARISAN artis etnik Sungai bakal memeriahka­n PTP 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia