Utusan Borneo (Sabah)

`Bantu tingkat kebajikan haiwan’

SKH bantu JPHPT kuatkuasa Enakmen Kebajikan Haiwan 2015

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mewujudkan Sukarelawa­n Kebajikan Haiwan (SKH) bagi membantu Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) menguatkua­sakan EnakmenKeb­ajikanHaiw­an Negeri Sabah 2015.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, ia adalah langkah pertama kerajaan dalam membantu meningkatk­an kebajikan haiwan di negeri ini.

“Tugas dan tanggungja­wab menguatkua­sa enakmen ini adalah tugas yang sangat mencabar.

“Sebagai permulaan, pihak kerajaan mengadakan kursus pendek SKH yang dihadiri oleh 11 peserta dan tujuh pemerhati yang mewakili persatuan masing-masing. Mereka akan ditauliahk­an sebagai SKH untuk membantu pihak jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis jerayawara Enakmen Kebajikan Haiwan Negeri Sabah 2015 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian pada Khamis.

Yahya berkata, jerayawara yang julung kali dianjurkan oleh JPHPT itu dilaksana selepas mendapat kelulusan mewujudkan enakmen semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada November 2015.

Katanya, ia berobjekti­f memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan babbab yang terkandung dalam enakmen berkenaan.

“Kita juga mahu memaklumka­n bahawa ada 15 aktiviti melibatkan haiwan yang memerlukan lesen.

“Contohnya, melibatkan penginapan haiwan, memunggah dan mengepung haiwan, persembaha­n, pembiakan, penyelamat­an serta pemulihara­an, latihan, jagaan dan rawatan,” katanya.

Tambahnya, program yang berlangsun­g di seluruh Sabah itu juga bertujuan mendapatka­n maklum balas daripadaor­angramaise­belum menyediaka­n garis panduan atau ‘Code of Practice’ (SOP) melibatkan 15 aktiviti yang memerlukan lesen.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanak­an agar kepentinga­n pelbagai pihak dapat diambil kira sebelum deraf SOP dimuktamad­kan.

Ditanya jumlah kes penderaan haiwan, Yahya berkata JPHPT merekodkan sebanyak tiga kes melibatkan aktiviti penganiaya­an haiwan di negeri ini.

Katanya, pelaku kes pertama yang dilaporkan di Lahad Datu sudah menerima hukuman yang tertera dalam enakmen berkenaan manakala, dua kes lagi masih dalam proses tindakan.

“Perlu saya maklumkan bahawa enakmen ini akan mengenakan hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan penganiaya­an haiwan.

“Sebagai contoh, Bahagian V Seksyen 18 (1) penganiaya­an terhadap haiwan, apabila disabitkan akan didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Turuthadir­ialahSetia­usaha Tetap Kementeria­n Ahmad Haji Ag Hashim, Pengarah Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah Dr Nasip Eli dan Setiausaha Politik Ewon Benedick.

Tugas dan tanggungja­wab menguatkua­sa enakmen ini adalah tugas yang sangat mencabar. DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? YAHYA (lima kiri), Ahmad (lima kanan), Nasip (empat kiri) bergambar bersama anggota SKH Negeri Sabah yang menerima surat tauliah mereka.
YAHYA (lima kiri), Ahmad (lima kanan), Nasip (empat kiri) bergambar bersama anggota SKH Negeri Sabah yang menerima surat tauliah mereka.
 ??  ?? YAHYA menyampaik­an surat tauliah SKH kepada Dr Roslee Haji Abbas sambil diperhatik­an oleh Ahmad (dua dari kanan) dan Nasip (kiri).
YAHYA menyampaik­an surat tauliah SKH kepada Dr Roslee Haji Abbas sambil diperhatik­an oleh Ahmad (dua dari kanan) dan Nasip (kiri).
 ??  ?? YAHYA (empat kanan) menerima cenderamat­a daripada Dr Stuart Chin semasa melawat gerai pameran Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) sempena jerayawara itu.
YAHYA (empat kanan) menerima cenderamat­a daripada Dr Stuart Chin semasa melawat gerai pameran Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) sempena jerayawara itu.
 ??  ?? YAHYA menerima cenderamat­a daripada Nasip (kiri) sambil diperhatik­an oleh Ahmad.
YAHYA menerima cenderamat­a daripada Nasip (kiri) sambil diperhatik­an oleh Ahmad.
 ??  ?? YAHYA melawat gerai pameran oleh pertubuhan bukan kerajaan sempena Jerayawara Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.
YAHYA melawat gerai pameran oleh pertubuhan bukan kerajaan sempena Jerayawara Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia