Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Ramah Tamah DBP eratkan silaturahi­m

-

KOTA KINABALU: Majlis Ramah Tamah dan Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah yang diadakan di sebuah kafe di perkaranga­n Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas mampu mengeratka­n ikatan silaturrah­im dalam kalangan stafnya.

Lebih 90 orang menghadiri majlis itu yang dimulakan dengan ucapan Pengarah DBP Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran saudara-mara staf DBP Cawangan Sabah. Pelbagai juadah yang dihidangka­n seperti sate ayam, sate daging, soto dan rojak. Aiskrim juga disediakan sebagai pencuci mulut.

Majlis bermula tempat jam 9.30 pagi, ahli jawatankua­sa sudah berhempas pulas untuk mempersiap­kan majlis pada hari itu. Kira-kira jam 10 pagi, dewan terbuka itu sudah mula dibanjiri oleh staf dan para ahli keluarga.

Majlis dimulakan dengan ucapan Asmiah selaku pengarah DBPCS. Seterusnya diikuti dengan ucapan Pengerusi Majlis Ramah-Tamah dan Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka DBPCS Rusdi Awang kali ini.

Selesainya ucapan pengerusi program, masa yang dinantinan­tikan iaitu masa untuk menjamu selera pun dimulakan.

Keceriaan di wajah para tetamu terserlah dengan kehadiran rakan-rakan di sana. Bacaan doa sebelum makan diketuai oleh Zaharuddin. Jamuan disajikan dengan beberapa dendangan lagu-lagu oleh beberapa orang staf dan beberapa pelatih industri pada ketika itu. Acara diteruskan dengan cabutan bertuah.

Terdapat 39 hadiah yang berbentuk hamper dan berkotak dimiliki oleh mereka yang bertuah pada hari itu.

Penyampaia­n cabutan tiket bertuah itu diselitkan dengan dengan penyampaia­n sumbangan kepada staf yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya.

Tiga orang staf yang menerima sumbangan ikhlas iaitu Sitti Hadiah, Awang Azis dan Maslinah Yusof. Semakin bertambah ceria dengan dendangan lagu-lagu yang menghiburk­an.

Kaunter pendaftara­n menjadi tempat untuk mengambil gambar kenangan dengan hiasan yang disediakan. Tepat jam 1 petang, majlis berakhir denga jayanya. -Artikel sumbangan Siti Rahmah Muhamad Husaini dan Adeline Anthony

 ??  ?? PEMENANG keluarga sedondon.
PEMENANG keluarga sedondon.
 ??  ?? PENERIMA cabutan bertuah kedua.
PENERIMA cabutan bertuah kedua.
 ??  ?? SEBAHAGIAN staf DBP merakamkan gambar kenangan.
SEBAHAGIAN staf DBP merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? PENERIMA cabutan bertuah pertama.
PENERIMA cabutan bertuah pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia