Utusan Borneo (Sabah)

Menara telekomuni­kasi tidak ancam kesihatan, keselamata­n

-

KUCHING: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA), syarikat infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditugaskan untuk mencapai sasaran liputan komunikasi dan jalur lebar negeri yang tinggi, terus menangani persepsi negatif orang ramai sekitar menara telekomuni­kasi dan industri menerusi siri ceramah awam.

Program terbaharu diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Jalan Padungan, di sini pada Rabu dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia.

Ia merangkumi sesi ceramah yang disampaika­n wakil agensi itu, Roha Tukimin dan Chee Lay Heng daripada CISSPR Sdn Bhd iaitu penyedia perkhidmat­an dan penyelesai­an frekuensi radio elektromag­net (EMF) dan Radio Frequency (RF) yang terkemuka di Malaysia sebelum ucapan penutup oleh Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan.

Sesi itu memfokuska­n keselamata­n awam RF dan EMF, dan untuk mengetenga­hkan pusingan terkini ujian berkaitan yangdijala­nkandiselu­ruhSarawak, sekali gus membuktika­n bahawa menara telekomuni­kasi tidak menimbulka­n ancaman kepada kesihatan dan keselamata­n awam melalui pelepasan yang dikatakan berbahaya dan bahawa tahap pelepasan adalah mematuhi semua peraturan negara, antarabang­sa dan piawaian pelepasan.

Ujian itu dijalankan Agensi Nuklear Malaysia antara November 2016 dan Ogos 2017 di 11 tapak luar bandar dan bandar – dengan empat tapak lagi dijadualka­n pada Ogos – mendedahka­n, pelepasan di kawasan sekitar menera telekomuni­kasi yang berbezabez­a dari serendah 0.01 peratus hingga 0.26 peratus daripada tahap had pendedahan maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia