Utusan Borneo (Sabah)

Pop Ice Es dikesan masih dijual secara terbuka

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pelbagai perisa Pop Ice Es, produk negara jiran, dikesan masih dijual secara terbuka di daerah ini sekalipun tidak memiliki kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Kegiatan itu dikesan sepasukan penguatkua­sa Pejabat Kesihatan Tawau yang menjalanka­n Op Bersih di premis-premis makanan/ minuman di Batu 5 Jalan Apas, di sini pada Khamis.

Dalam operasi terbabit, hampir 150 pelbagai perisa Pop Ice Es berjaya dirampas dari dua premis manakan/minuman di kawasan berkenaan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata produk itu disyaki mengandung­i siklamat, bahan pemanis tanpa zat yang tidak dibenarkan penggunaan­nya di Malaysia.

“Operasi ini diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Kawasan Tawau Rapeh Mail bersama 13 penguatkua­sa,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak 15 premis diperiksa di dalam operasi itu dan sebanyak 11 Notis 32B dikeluarka­n kepada pengendali premis makanan/ minuman terlibat.

G Navindran berkata antara kesalahan dikesan termasukla­h lima premis yang melanggar Peraturan 32 (1) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berkaitan pakaian pengendali makanan.

Masing-masing satu kesalahan berkaitan tiada pendaftara­n fosim menerusi Peraturan 3 (1), pengendali makanan berkuku panjang - Peraturan 33 (1) (a) dan tanggungja­wab pemilik mengekalka­n premis bersih - Peraturan 11 (1) (a).

Kesalahan lain, menggaji pekerja tanpa suntikan vaksin tifoid - Peraturan 31 (1) dan gagal memastikan premis dalam keadaan bersih - Peraturan 34 (1).

“Operasi ini dijalankan setiap minggu untuk memastikan tahap kebersihan premis sentiasa memuaskan selain pemeriksaa­n rutin oleh anggota penguatkua­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia