Utusan Borneo (Sabah)

Golf SEDCO terus nantikan penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Cabaran Golf SEDCO 2017 yang akan berlangsun­g di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran pada 19 Ogos terus membuka penyertaan untuk disertai oleh pasukan-pasukan mahupun individu yang berminat.

Presiden Kelab Sosial dan Sukan Kumpulan SEDCO (SG Club) Mordiana Abdullah (gambar) berkata, kejohanan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) untuk edisi Ke-15 itu dianjurkan bersempena Ulangtahun SEDCO yang Ke45 pada tahun ini.

“Setakat ini sebanyak 20 pasukan melibatkan 80 pemain kesemuanya, telah mengesahka­n penyertaan.

“Kita (penganjur) menjangkak­an lebih banyak pasukan akan mengembali­kan borang penyertaan dalam masa terdekat ini, sebelum tarikh tutup pada 9 Ogos.

“Kita meletak sasaran penyertaan 30 pasukan atau 120 pemain pada kali ini yang akan memulakan permainan 7.30 pagi,” jelas beliau yang juga merangkap pengerusi penganjur ketika dihubungi Ahad.

Hadiah Pukulan Selubang (HiO) termasuk wang tunai RM10,000 sumbangan IIB Insurance Brokers Bhd menanti para peserta bertuah di lubang Par 3 ke-8 dan ke17, selain hadiah HiO Pasti Menang berupa televisyen LED 43 inci sumbangan Cement Industries (Sabah) masing-masing menanti di lubang Par 3 ke-4 dan ke-11.

“Objektif kejohanan ini adalah untuk mengumpul dana SG Club untuk melaksanak­an aktiviti yang mampu menambah baik kehidupan masyarakat.

“Ini juga merupakan peluang untuk membina persahabat­an dan interaktif antara ahli-ahli syarikat Kumpulan Sedco, kerajaan, agensi kerajaan mahupun persatuan-persatuan sukan di sekitar Kota Kinabalu yang akan mengambil bahagian,” kata Mordiana.

Kejohanan menggunaka­n format pertanding­an Sistem 36 Stableford itu menawarkan penyertaan kategori tertutup dan terbuka untuk penyertaan berpasukan dan individu.

“Pihak penganjur menyediaka­n tiga hadiah untuk Nett Berpasukan, lima hadiah untuk Nett Individu dan tiga hadiah untuk Gross Individu.

“Selain itu, kita juga menyediaka­n hadiah-hadiah novelti berupa pukulan terjauh, pukulan terdekat dengan pin dan pukulan terdekat dengan garisan,” tambah Mordiana.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang dan keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 0178141403 atau 088-427111 (Mordiana Abdullah) atau faks ke 088-420111.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia