Utusan Borneo (Sabah)

Isu keselamata­n kanak-kanak dipandang serius

Rohani yakin pelaksanaa­n program keselamata­n dapat diperluas segera

-

“Perkara (keselamata­n kanak-kanak) ini amat membimbang­kan kita, dan tindakan perlu diambil segera. ” DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

KOTA SAMARAHAN: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yakin pelaksanaa­n program keselamata­n kanak-kanak dapat dipeluaska­n dalam kadar segera dengan penglibata­n semua pihak.

Menurutnya, menerusi kempen kesedaran itu ia mampu meresap dengan lebih cepat dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Beliau berkata, kementeria­nnya memandang serius isu keselamata­n kanakkanak berikutan kejadian jenayah, kecuaian dan pengabaian membabitka­n golongan ini semakin meningkat.

“Perkara (keselamata­n kanak-kanak) ini amat membimbang­kan kita, dan tindakan perlu diambil segera,” katanya.

Rohani berkata demikian pada Kempen Keselamata­n Kanak-KanakSahab­atBIJAK - Safe and Protect Siri Kedua di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang di sini, pada Sabtu.

Menyedari risiko kemalangan di kalangan kanak-kanak, Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen Banteras Indeks Jenayah Terhadap KanakKanak (BIJAK).

Beliau turut mendedahka­n, statistik polis menunjukka­n kes rogol merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 13, 272 kes atau 5.97 peratus bagi tempoh tahun 2010 sehingga Mei 2017 di seluruh negara.

Sementara itu, ia diikuti dengan kes cabul (6,014 kes), sumbang mahram (1,796 kes) dan seks luar tabii sebanyak 1,152 kes.

Mengulas lanjut, risiko keselamata­n tersebut, katanya, boleh berlaku di mana sahaja dan dan pada bila-bila masa.

“Justeru, pelaksanaa­n kempen kesedaran ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terutama ibu bapa agar sentiasa mengawasi kanak-kanak.

“Malah, kanak-kanak juga boleh mempersiap­kan diri mereka dengan pengetahua­n menerusi kempen sebegini, dan mereka dapat memaklumka­n kepada kanak-kanak lain,” katanya.

Rohani berkata, ia dapat memberi kesedaran tentang kepentinga­n menjaga keselamata­n kanak-kanak serta pendedahan literasi undang-undang berkaitan hukuman dikenakan kepada pesalah kanak-kanak.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Guru Besar SK Pinang Anai Johari.

 ??  ?? ROHANI memasangka­n topi keledar kepada salah seorang kanak-kanak sempena Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Sahabat BIJAK di SK Pinang, Kota Samarahan.
ROHANI memasangka­n topi keledar kepada salah seorang kanak-kanak sempena Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Sahabat BIJAK di SK Pinang, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia