Utusan Borneo (Sabah)

Mencegah berlaku penyakit kronik

Kem I Want Sihat peringkat Daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

KEMENTERIA­N Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan peringkat negeri dan daerah serius melaksanak­an pelbagai program memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat agar terus mengamalka­n gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Saya berasa bangga kerana program ‘Kem I Want Sihat’ ini telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pemimpin, NGO, agensi kerajaan, sukarelawa­n Kospen, swasta dan sebagainya, yang membukti semangat serta usaha menjadikan rakyat sihat fizikal, emosi dan rohani.

“Program ini diadakan di seluruh daerah di Sabah dengan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai usaha kerajaan sentiasa mengutamak­an kesihatan penduduk,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam ketika berucap melancarka­n program ‘Kem I Want Sihat’ peringkat Daerah Ranau di Dataran Pentas Budaya Pekan Kundasang.

Beliau yang juga Adun Kundasang berkata kesedaran tentang penjagaan kesihatan adalah penting bagi mencegah berlakunya penyakit kronik.

Katanya masyarakat seharusnya menghindar­i gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambila­n alkohol berlebihan yang menjadi penyumbang kepada peningkata­n penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetis, strok dan sebagainya.

Menurutnya, KKM menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telahpun melaksanak­an Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan ‘Sihat Sepanjang Hayat’ sejak tahun 2003.

Ia bagi menggalakk­an masyarakat membudayak­an gaya hidup sihat dengan lima fokus utama iaitu, tidak merokok, makan secara sihat, melakukan aktiviti fizikal, tangani stres dengan bijak dan menjauhi alkohol.

“Program ini merupakan kesinambun­gan aktiviti dan menjadi medium yang tepat bagi memperkuku­hkan lagi pelaksanaa­n Kempen Cara Hidup Sihat dan sebagai ingatan berterusan kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalka­n gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran Dr Muhammad Haji Jikal dalam ucapannya mewakili jawatankua­sa penganjur berterima kasih kepada semua agensi yang turut menyediaka­n pameran.

Pihak terlibat termasukla­h, PDRM IPD Ranau dan Kundasang, AADK Cawangan Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Kanser Sabah, Unit Pergigian Klinik Kesihatan Kundasang, Unit Transfusi Hospital Ranau, sukarelawa­n Kospen Mesilou dan seluruh Klinik Kesihatan Daerah Ranau.

Beliau turut menyifatka­n program yang julungkali diadakan itu mampu membina kemahiran komuniti untuk mengamalka­n gaya hidup sihat sekali gus membantu kumpulan sasar menterjema­h pengetahua­n tentang cara hidup sihat kepada amalan seharian.

Pelbagai acara telah diadakan sempena program itu termasukla­h: ceramah kesihatan; pameran kesihatan; pertanding­an mewarna kategori kanak-kanak; pemeriksaa­n kesihatan merangkumi tekanan darah, BMI dan gula dalam darah; pemeriksaa­n gigi; kempen derma darah; dan persembaha­n koir daripada kakitangan Kospen Mesilou Kundasang, Perancanga­n dan Lohan.

Sempena program itu, seramai lima orang menerima anugerah sebagai ‘Ikon’ kejayaan tersendiri mengamalka­n gaya hidup sihat.

Mereka terdiri Mailin Ginggur (kawalan baik kencing manis), Jamerinah Kekijin (penguranga­n berat badan), Muadin Saidin (warga emas sihat lelaki) dan Supilah Ratiman (warga emas sihat wanita).

“Program ini diadakan di seluruh daerah di Sabah dengan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai usaha kerajaan sentiasa mengutamak­an kesihatan penduduk. DATUK DR JOACHIM GUNSALAM Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa pelaksana program Kem I Want Sihat merakam gambar kenangan.
SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa pelaksana program Kem I Want Sihat merakam gambar kenangan.
 ??  ?? KETIBAAN Joachim dan rombongan disambut dengan paluan gong oleh warga emas Kundasang dan tarian oleh Kospen Kundasang, Mesilou dan Ranau.
KETIBAAN Joachim dan rombongan disambut dengan paluan gong oleh warga emas Kundasang dan tarian oleh Kospen Kundasang, Mesilou dan Ranau.
 ??  ?? SALAHseora­ngpemenang­pertanding­anmewarnak­ategori kanak-kanak menerima hadiah disampaika­n Joachim.
SALAHseora­ngpemenang­pertanding­anmewarnak­ategori kanak-kanak menerima hadiah disampaika­n Joachim.
 ??  ?? DR Wong menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan pengunjung bertuah.
DR Wong menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan pengunjung bertuah.
 ??  ?? PARA penerima Anugerah Ikon merakam gambar bersama Joachim dan Muhammad.
PARA penerima Anugerah Ikon merakam gambar bersama Joachim dan Muhammad.
 ??  ?? JOACHIM memalu gong sebagai gimik perasmian.
JOACHIM memalu gong sebagai gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia