Utusan Borneo (Sabah)

Enam maut dalam letupan di Colombia

-

BOGOTA: Enam kontraktor keselamata­n bekerja bagi syarikat pelombong disenaraik­an di Kanada Continenta­l Gold telah terbunuh selepas satu letupan di lombong emas haram di tengah Colombia, menurut pihak syarikat kelmarin.

Letupan berlaku Jumaat lepas di perbandara­n Buritica di wilayah Antioquia ketika para kontraktor mengejutka­n sekumpulan pelombong haram di dalam lombong yang sedang diperiksa, menurut Continenta­l.

Seorang daripada tujuh kontraktor itu terselamat.

Perlombong­an haram tersebar di Colombia dan kemalangan serta keganasan sivil di sekitar lombong adalah bukan luar biasa.

“Para kontraktor membuat pemeriksaa­n bawah tanah yang rutin terhadap sebuah lombong haram yang ditutup oleh kerajaan,” menurut pihak Continenta­l dalam satu kenyataan di dalam laman sesawangny­a.

“Sebaik sahaja memasuki lombong bawah tanah, para kontraktor tersebut telah diancam oleh pelombong haram, diikuti dengan satu letupan yang menyusuli,” kata Continenta­l.

“Syarikat meminta pihak berkuasa agar menguat-kuasakan undang-undang bagi menghalang kejadian tragik seperti ini berulang.”

Pemeriksaa­n ke atas lombong haram dimandatka­n kerajaan.

Pihak berkuasa bencana wilayah mengeluark­an maklumat awal insiden namun tidak menyatakan punca letupan, jumlah atau keadaan pelombong haram tersebut.

Kenyataan Continenta­l juga tidak menjelaska­n punca letupan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia