Utusan Borneo (Sabah)

165 murid SK Hampalan terima KWAMP

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SEMPORNA: Seramai 165 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Hampalan menerima bantuan KWAMP dalam satu majlis yang diadakan di sekolah itu pada Jumaat.

Penyerahan bantuan KWAMP itu disempurna­kan oleh Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Semporna Nixon Haji Abdul Habi.

Dalam ucapannya, beliau mengingatk­an agar pelajar sentiasa fokus, belajar bersungguh-sungguh serta rajin datang ke sekolah untuk membolehka­n mereka mencapai kecemerlan­gan dalam pelajaran.

“Pelajar juga hendaklah sentiasa bersikap hormat kepada ibu bapa dan guru supaya mereka dapat ilmu yang berkat.

“Jika mereka rajin, mempunyai kesungguha­n, komited dalam pembelajar­an mereka, sudah pasti mereka dapat menjejakka­n kaki dan belajar hingga ke peringkat universiti,” katanya.

Menurutnya, jika mereka berjaya dan memiliki kerjaya, sudah pasti mereka dapat membalas jasa ibu bapa kelak.

Nixon juga menggesa agar PIBG supaya proaktif dan selalu datang ke sekolah bagi memantau aktiviti pelajar dan mengambil tahu keperluan sekolah supaya mereka dapat membantu meningkatk­an pencapaian sekolah dalam peperiksaa­n.

Beliau berkata, PIBG boleh bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam soal keselamata­n di sekolah.

Beliau juga berpesan agar ibu bapa terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti sentiasa membela rakyat dan prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan memberi bantuan kepada rakyat luar bandar seperti KWAMP, BR1M dan sebagainya.

Nixon menyaranka­n agar Kementeria­n Pendidikan memperting­katkan lagi kemudahan kemudahan asas seperti perabot seperti kerusi dan meja guru dan murid, menaiktara­f bilik darjah dan bilik guru, tandas dan sebagainya bagi mewujudkan suasana pembelajar­an kondusif serta setaraf dengan kemudahan yang terdapat di sekolahsek­olah di bandar.

Turut hadir di majlis itu ialah Guru Besar SK Hampalan Alkonso Haji Abdul Salleh dan Pengerusi PIBG Ibno Hasim Sarawa.

 ??  ?? NIXON menyerahka­n bantuan KWAMP kepada murid SK Hampalan.
NIXON menyerahka­n bantuan KWAMP kepada murid SK Hampalan.
 ??  ?? NIXON bersama murid SK Hampalan yang menerima bantuan KWAMP.
NIXON bersama murid SK Hampalan yang menerima bantuan KWAMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia