Utusan Borneo (Sabah)

Bantu pekebun kecil sawit melalui MSPO

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

TELUK INTAN: Kemampanan kini semakin pantas menjadi tiket kepada pasaran lebih luas untuk industri sawit negara, terutama di Eropah dan negara maju.

Atas dorongan ini, pihak kerajaan sedang hebat menggalakk­an pekebun kecil sawit negara melaksanak­an skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk Seri Mah Siew Keong, telah menyatakan perkara ini semasa menghadiri Majlis Mesra Ramadan anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kg Selabak di sini pada pertengaha­n bulan lalu.

“Adalah penting untuk pekebun kecil mendapatka­n sijil MSPO dalam meningkatk­an kualiti minyak sawit keluaran negara. Ini akan memastikan harga pasaran lebih tinggi dan seterusnya menguntung­kan pekebun,” kata beliau kepada lebih 600 hadirin yang berkumpul di tapak majlis.

Turut hadir di majlis untuk meraikan pekebun kecil sawit dan keluarga miskin di sekitar kawasan Selabak adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong merangkap Ahli Lembaga MPOB, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. Mah turut menyampaik­an duit raya kepada kira-kira 200 anak yatim dari kawasan Selabak.

MPOB juga menyediaka­n ruang pameran di kawasan majlis itu untuk memberi khidmat nasihat dan penerangan mengenai perkembang­an industri sawit negara kepada pengunjung.

Pekebun kecil yang hadir berpeluang mendaftark­an kebun sawit masing-masing semasa majlis tersebut. Pegawai MPOB turut menggunaka­n majlis ini untuk memberi penerangan mengenai MSPO kepada pekebun kecil di Selabak.

Mah berkata kementeria­nnya dan MPOB akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatk­an peratusan pensijilan di kalangan pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Sehingga kini, kawasan tanaman sawit pekebun kecil (persendiri­an dan integrasi) yang diiktiraf bersijil MSPO dianggarka­n seluas 7,000 hektar.

Sementara itu kawasan tanaman sawit bersijil MSPO milik syarikat ladang pula dianggarka­n seluas 230,000 hektar.

Jumlah kawasan tanaman sawit negara adalah 5.74 juta hektar pada akhir tahun 2016.

Mah mengakui peratusan kawasan tanaman pekebun kecil yang memiliki pensijilan MSPO masih rendah dan beliau berkata pihak kementeria­n melalui MPOB sedang mengambil langkah bagi meningkatk­an pensijilan itu.

Seluruh pihak pengeluar minyak sawit di Malaysia yang merangkumi sektor pengilanga­n, perladanga­n dan pekebun kecil sawit mesti di per sijil kan dengan pen sijil a n MSPO sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Pelaksanaa­n skim pensijilan MSPO secara mandatori ini akan dilaksanak­an melalui 3 fasa.

Fasa pertama mandatori adalah pada 31 Disember 2018 untuk premis ladang dan kilang yang mempunyai pensijilan Roundtable Sustainabl­e Palm Oil (RSPO).

Fasa kedua mandatori MSPO pula adalah pada 30 Jun 2019 untuk premis ladang dan kilang yang tidak mempunyai pensijilan MSPO.

Manakala fasa ketiga pula adalah pada 31 Disember 2019 untuk premis pekebun kecil.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak yatim di Teluk Intan.
DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak yatim di Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia