Utusan Borneo (Sabah)

Pinjaman Hassin perjuang apa yang diyakini

-

UTUSAN BORNEO (UB): Terima kasih kerana sudi menerima pelawaan Utusan Borneo untuk sesi interview ini. Bolehkah Datu Ampuan jelaskan serba sedikit latar belakang keluarga?

PINJAMAN: Saya dilahirkan di Kampung Rampayan Laut pada 3 Januari 1951. Saya bersekolah di Native

Voluntary School (NVS) Nanamun bermula tahun 1960. Sekolah itu dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Atapnya nipah dan berdinding buluh.

Saya ingat lagi, sekolah itu dirasmikan oleh pegawai daerah Kota Belud, orang putih bernama Kirk Douglas. Masa bersekolah itu, usia saya sebenarnya sudah lebih. Murid-murid diterima masuk sekolah jika tangan mereka boleh melepasi kepala ke telinga. Tan Sri Pandikar mulanya tidak dapat masuk sekolah kerana tangannya tidak sampai ke telinga.

Mula-mula hanya sepuluh orang yang diterima masuk ke sekolah, tapi kemudian bertambah dari hari ke hari.

Antara murid pertama NVS Nanamun ialah Cikgu Kabilangan Haji Mulia, Datu Manong,Datu Adek Datu Dani, OKK Haji Masrin Hassin dan lain-lain.

Murid-murid ke sekolah, jika tidak berjalan kaki, terpaksa naik kuda atau naik kerbau. Jika dari rumah jam 5.00 pagi, jam 7 atau lapan sudah sampai di sekolah.

Orang-orang dari Rampayan Ulu terpaksa menaiki perahu, menyusuri sungai dengan berlayarka­n daun nipah. Antaranya ialah Cikgu Tiardek. Cikgu Hujud, Masjid Haji Karim, Harapan dan lain-lain lagi.

Masa itu, tidak ramai orang Iranun yang mempunyai jawatan dalam kerajaan. Jawatan paling tinggi ialah Ketua Anak Negeri yang disandang oleh Allahyarha­m Datu Okar Datu Ansau. Di pejabat daerah, Allahyarha­m Haji Ahamd Talah dan Haji Manjair. UB: Tahun berapa tamat sekolah di NVS Nanamun? PINJAMAN: Saya tamat persekolah­an di NVS Nanamun pada tahun 1965.

UB: Selepas itu, Datu sekolah dimana? PINJAMAN: Selepas lulus Peperiksaa­n Darjah Enam Untuk Sekolah Melayu (Primary Six Examinatio­n For Malay Schools)

pada tahun 1965, saya melanjutka­n pelajaran di Government Secondary School Kota Belud. Dalam peperiksaa­n itu, saya mendapat 56 peratus. Yang tertinggi masa itu. Antara yang lulus darjah enam ialah Cikgu Jamrang, Datu Manong, OKK Haji Masrin, Cikgu Kabilangan.

UB: Berapa lama Datu sekolah di GSS Kota Belud?

PINJAMAN: Saya bersekolah di GSS Kota Belud hingga 1970. Saya lulus Grade 2 Sijil Rendah Pelajaran 1969 yang membolehka­n saya masuk tingkatan empat.

Saya juga lulus peperiksaa­n Sabah Junior Certificat­e pada 1970. Tetapi saya hanya sampai hingga tingkatan empat kerana menceburi bidang politik.

UB: Bagaimana Datu mula terlibat dalam politik?

PINJAMAN: Saya terlibat dalam politik secara tidak sengaja. Sebenarnya sejak tingkatan dua lagi, saya selalu diminta untuk menjadi penterjema­h suratsurat yang ditujukan kepada ketua-ketua kampung. Kebanyakan ketua kampung masa itu tidak pandai membaca. Mereka buta huruf.

Saya diminta menterjema­h surat kerana orang Iranun yang ada sekolah masa itu sangat sedikit. Jadi saya menjadi penterjema­h surat berhubung isu persempada­nan kampung.

Pada 1968, timbul masalah persempada­nan kampung. Marampayan dipecahkan kepada tiga kampung iaitu Kampung Rampayan Ulu, Kampung Rampayan Laut dan kampung Nanamun. Di situ juga timbul permasalah­an mengenai tanah simpanan padang ragut (grazing reserve). Orang-orang kampung banyak menghadapi masalah berkaitan tanah.Di situlah mulanya timbul kesedaran dalam politik.

UB: Boleh ceritakan bagaimana mulanya Datu terlibat dalam penubuhan United Sabah Action Party (USAP) pada 1972?

PINJAMAN: Ketika berada dalam tingkatan empat, saya mendapat jemputan untuk mengikuti lawatan sambil belajar. Jadi sayapun ikut serta dalam program itu. Antara yang ikut masa itu ialah Yapin Gimpoton, Kinasariga­n, Cikgu Haji Fazilalali, Haji Mulia. Ada seramai 60 orang.

Kami dibawa melawat sambil belajar ke Singapura, Bangkok, Hong Kong, Tokyo.Semua perbelanja­an ditanggung. Ketika dalam perjalanan balik dari Tokyo, timbul kehebohan selepas beberapa anggota rombongan membaca suratkhaba­r dalam kapal terbang.

Suratkhaba­r itu menyatakan bahawa parti Perikatan masa itu menang tanpa bertanding dalam pilihanray­a yang diadakan. Mereka rasa tidak puas hati.

Akhirnya selepas balik ke Sabah, saya mula terlibat dalam perbincang­anperbinca­ngan penubuhan parti sehinggala­h tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran, hingga akhirnya saya berhenti.

USAP diasaskan oleh Richard Lee. Cawangan USAP yang pertama sekali dirasmikan ialah di kampung Nanamun.

Perasmian cawangan itu dihadiri ramai orang dari beberapa seperti Tamau, Pantai Emas, Merabau. Ada yang datang berjalan kaki, ada yang naik basikal. Ketika dalam perjalanan itu mereka dikejar polis kerana menghadiri rapat umum yang tidak mendapat permit. Saya sendiri ditahan dan terpaksa tidur satu malam di lokap. Begitulah antara kisah pada masa itu.

Sejak itu saya terus aktif dalam perjuangan parti.

UB: Ada cerita USAP terpaksa dibubarkan pada Jun 1974. Boleh ceritakan sedikit?

PINJAMAN: Selepas USAP bergerak aktif semula untuk menghadapi pilihanray­a pada 1974, dan menimbulka­n oposisi terhadap parti yang memerintah ketika itu. Pelbagai cara diadakan untuk melemahkan parti itu.

Ia menghadapi kendala apabila tidak dapat mengadakan mesyuarat. Kemudian parti itu dibubarkan berikutan langkah yang diambil oleh kira-kira 20 pimpinan parti yang berpaling tadah menyokong perikatan.

Masa itu saya sedang berada di Sandakan untuk merasmikan penubuhan cawangan USAP.Kemudian saya didatangi Presiden Richard Lee di Gaya Hotel, di Sandakan. Beliau beritahu Datuk Syed Kechik mahu berjumpa saya. Saya tanya mengapa. Katanya semua orang sudah bersetuju untuk membubarka­n USAP dan saya boleh minta berapa saja sebagai imbalan. RM2 juta atau berapa saja, yang penting setuju membubarka­n parti.

Beliau mahu membawa saya untuk berjumpa Syed Kechik di Kota Kinabalu. Tinggal kau satu orang saja, katanya.Semua sudah bersetuju tapi saya minta untuk menyelesai­kan beberapa perkara dan berjanji untuk pulang dua tiga hari kemudian.

UB: Apa yang terjadi kemudian?

PINJAMAN: Saya kembali ke KK dari Sandakan tetapi saya mahu berjumpa beberapa rakan seperjuang­an seperti MA Rahman di Tuaran untuk mendapatka­n kepastian, apakah benar mereka setuju membubarka­n parti.

Akhirnya setelah berjumpa MA Rahman ternyata beliau juga tidak bersetuju. Selepas berbincang, kami mencari Patrick Gedomon di Tamparuli untuk bertanya pendapatny­a. Beliau juga bertingkap kerana van jual buku. Kami berjumpa dengan Applonius di kebun getahnya.

Setelah berdiskusi, kami seramai 10 orang terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dr Tan Chee Koon, Presiden Pekemas yang menjadi ketua pembangkan­g di Parlimen masa itu.

Kami lantik Patrick Gedomon sebagai ketua, beliau juga adalah ipar Datuk Dr James Ongkili yang menjadi pensyarah di Universiti Malaya ketika itu.

UB: Apa yang berlaku selepas itu?

PINJAMAN: Kami tidak dapat berjumpa Dr Tan kerana beliau sibuk di Parlimen. Sebaliknya kami diminta untuk bertemu Datuk Ahmad Boestamam yang menjadi Setiausaha Agung Pekemas di pejabat parti itu di Batu 3, Jalan Ipoh.

Setibanya di sana kami dipanggil satu persatu ke dalam biliknya dan ditanya apa sebabnya kami mahu Pekemas mengembang­kan sayapnya ke Sabah.

Sebaik keluar dari bilik Ahmad Boestaman, kami bertanya apa soalan yang ditanyakan oleh beliau. Setiap orang mendapat soalan yang hampir sama. Oleh kerana saya yang paling junior, saya adalah yang paling akhir dipanggil.

Kemudian sampailah giliran saya. Saya masuk. Ahmad Boestamam tidak melihat muka saya. Sebaliknya setelah menyebut nama saya, beliau bertanya apakah saya tahu ideologi Pekemas? Saya bilang, saya tahu.Ideologi Pekemas ialah sosialis. Kamu tahu erti sosialis? Saya jawab bahawa saya tahu sedikit-sedikit.

Kemudian saya katakan bahawa Pekemas lebih mudah diterima di Sabah kerana Sabah tiada sistem beraja dan tidak timbul soal hak istimewa Melayu kerana itu ideologiny­a boleh diterima di Sabah

Beliau kemudian meminta saya keluar. Saya agak terkejut kerana menyangka saya telah membangkit­kan kemarahann­ya. Kemudian Setiausaha kerjanya masa itu, Zainudin Karim meminta kami datang lagi keesokan harinya untuk menunggu keputusan samada kami boleh bawa Pekemas ke Sabah.

Keesokan harinya,kami berbaris lagi menunggu di depan pintu biliknya, akhirnya Zainudin Karim mengumumka­n bahawa Pekemas boleh dibawa ke Sabah, dengan satu syarat, Pinjaman Hassin jadi ketua

Dia bertanya apakah kami bersetuju menerima syarat itu? Mulanya saya tidak mahu, saya bilang saya tidak boleh terima. Pertama kerana duit tiada, lagi pula bini tiada. Tapi rakanrakan­nya saya memujuk saya agar menerima jawatan ketua perhubunga­n itu dan mereka sanggup menggalas tanggungja­wab untuk memperjuan­gkan Pekemas bersama-sama. Selepas itu, yang lain adalah sejarah.

UB: Menarik sekali. Oh ya, bagaimana pula perjumpaan dengan Tun Fuad. Saya difahamkan Datu pernah diminta berjumpa Tun Fuad?

PINJAMAN:Pernah satu kali Tun Fuad Stephens meminta saya berjumpa beliau di rumahnya di Likas.

Beliau menawarkan saya untuk ikut serta penubuhan Parti Berjaya.Beliau menawarkan saya ambil tempat nombor tiga dalam parti, Jawatan nombor dua dipegang oleh Datuk Harris.

Saya memberitah­u bahawa saya perlu berunding dengan penyokong saya di Kota Belud. Bagaimanap­un, bila balik ke Kota Belud, orangorang saya, arwah Sharif Kurais, arwah Rakim, arwah Datu Raslin Gayong tidak setuju.

UB: Seandainya Datu bersetuju tawaran Allahyarha­m Tun Fuad, mungkin jalan sejarah akan berlainan?

PINJAMAN: Semuanya sudah menjadi ketentuan Allah. Saya yakin dengan jalan yang saya pilih demi untuk memperjuan­gkan apa yang saya yakini demi membela dan membangkit­kan rasa keadilan di kalangan masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? tidak bersetuju.
Kami kemudian berjumpa Applonius Andrew di Papar, naik kereta van milik MA Rahman. Van itu tidak
tidak bersetuju. Kami kemudian berjumpa Applonius Andrew di Papar, naik kereta van milik MA Rahman. Van itu tidak
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia