Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK cari mekanisme selaras harga ikan

-

KUANTAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sedang mencari mekanisme sesuai untuk menyelaras­kan harga ikan dalam pasaran pada harga berpatutan.

TimbalanMe­nterinyaDa­tuk Henry Sum Agong berkata KPDNKK akan mengadakan rundingan dengan pembekal serta pihak berkaitan bagi mendapatka­n maklumat tepat dan cadangan mereka dalam menyelesai­kan masalah itu.

“Perbincang­an juga melibatkan antaranya pemborong, LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan pihak berkaitan.

“KPDNKK sedang mencari jalan dan kita bukan hanya mahu supaya harga ini dapat diturunkan tetapi dapat diselarask­an untuk manfaat pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat pengeluara­n minyak masak di kawasan perindustr­ian Indera Mahkota di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, beliau melawat Pasar Besar Kuantan bagi meninjau barangan jualan di situ. Turut serta Timbalan Ketua Pengarah PPDNKK Suhaimi Mat Sari.

Sementara itu, Suhaimi berkata KPDNKK telah melakukan pemantauan susulan laporan kenaikan harga ikan yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkaitan, termasuk nelayan dalam isu tersebut.

Langkah itu, katanya, adalah bagi mengesan punca kenaikan harga ikan dan tindakan boleh diambil sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak berkaitan sehingga menimbulka­n masalah itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia