Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif pulihara, pelihara bakau semakin disokong

-

KUCHING: Inisiatif memulihara serta memelihara kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan paya bakau di negeri ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat umum, malah aktiviti penanaman pokok bakau di kawasan terlibat diadakan secara berterusan.

Tidak ketinggala­n menyertai aktiviti penanaman semula pokok bakau ialah kakitangan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam( SPA) Sarawak dan SPA Sabah, dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Berlangsun­g di Taman Negara Kuching Wetland, Tapak Ramsar dekat sini, ia melibatkan kira-kira 80 kakitangan daripada dua jabatan itu.

Timbalan Pengarah JHS Hamden Mohammad yang mewakili JHS berkata beliau begitu berbesar hati menerima penyertaan daripada kakitangan jabatan kerajaan yang mahu menyertai aktiviti penanaman semula pokok bakau di Tapak Ramsar itu.

Katanya, ia jelas menunjukka­n bahawa masyarakat tempatan khasnya, masih mempunyai semangat tinggi untuk terus memelihara dan memulihara alam sekitar serta ekosistem negeri ini.

“Inisiatif ini telah kami mulakan sejak lapan tahun lalu dan apa yang dilakukan hari ini (semalam) adalah kesinambun­gan programpro­gram yang telah diadakan untuk memulihkan kawasankaw­asan yang merosot (degraded area) seperti kawasan ini (Tapak Ramsar).

“Justeru, kita berharap apabila kawasan ini telah ditanam semula, pada masa depan kawasan ini akan menjadi satu kawasan hutan yang pulih.

“Malah kita juga percaya bahawa kawasan ini akan menjadi tempat pembiakan semua hidupan liar yang telah pupus dan lenyap pada suatu ketika dahulu akibat aktiviti pembanguna­n yang dijalankan kerajaan negeri di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Konservasi Tanah Lembab di Taman Negara Kuching Wetland, Tapak Ramsar, di sini, pada Khamis.

Tambah beliau lagi, selain aktiviti penanaman semula pokok bakau bagi memulihara hutan paya bakau di negeri ini, JHS juga menganjurk­an banyak program kesedaran awam seperti membawa masyarakat umum bersama jabatan dan agensi terlibat untuk turut serta.

“Kesedaran terutama daripada masyarakat umum amat penting terutama mengenai perlunya kita sama-sama memelihara alam sekitar, bukan sahaja di Sarawak, tetapi seluruh Malaysia amnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai proses pertumbuha­n pokok bakau yang ditanam, Hamden menjelaska­n, satu batang pokok itu mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk mencapai had umur matang.

Namun demikian, dalam tempoh empat ke lima tahun pokok tersebut tumbuh ke peringkat ‘juvenile’, JHS akan memeriksa keadaan pokok tersebut dan mengenal pasti sama ada ia berjaya ditanam dan akan mencapai had matang atau sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia