Utusan Borneo (Sabah)

Kilang kitar semula kompos proses 13 tan sisa pepejal setiap sehari

-

SANDAKAN: Kilang Kitar Semula Kompos di Batu 8 dekat sini memproses 13 tan sisa pepejal setiap hari untuk dijadikan baja bio-organik.

Kilang tersebut yang beroperasi sejak Mac 2015 adalah yang pertama di negara ini memproses sisa makanan, haiwan dan organik menggunaka­n sistem teknologi mikro organisma.

Pembukaan kilang itu oleh syarikat SS Microbial Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi mengatasi masalah pembuangan sisa pepejal di daerah ini.

Penolong Setiausaha Operasi MPS Mansor Mohd Kawi berkata MPS menghantar sisa pepejal ke kilang itu membabitka­n sisa makanan yang dikutip secara berjadual setiap hari dari premis makanan, pasar am, kilang makanan laut dan asrama institusi pengajian tinggi di daerah ini.

Katanya bagi meningkatk­an penghantar­an sumber sisa makanan ke kilang itu, MPS turut memperluas­kan kutipan sisa makanan ke kawasan Taman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya pada masa sekarang ia membabitka­n empat PPR iaitu Taman Harmoni, Taman Mesra, Taman Murni dan Taman Lintas Batu Sapi.

“Sisa pepejal mampu diproses dikilangit­ulebihbany­akdaripada sasaran kapasiti sebanyak 80 tan sehari dan MPS terus mencari pendekatan untuk menangani kekangan dalam meningkatk­an kawasan kutipan sisa makanan,” katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat kepada 36 peserta Kursus Pendidikan Alam Sekitar yang melawat kilang itu, Jumaat.

Kursus tersebut membabitka­n pengetua sekolah anjuran Rainforest Discovery Centre Sepilok Jabatan Perhutanan Sabah diadakan selama enam hari berakhir Sabtu ini.

Mansor berkata selari dengan usaha itu,MPS akan menguatkua­sakan UndangUnda­ng Kecil Pengasinga­n Sisa Pepejal di daerah ini dalam tempoh terdekat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia