Empat cawangan baharu AADK diwujud
Cawangan tersebut ialah Serian, Kota Samarahan, Betong dan Sri Aman
SIBU: Sebanyak empat cawangan baharu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diwujudkan di negeri ini dan mula beroperasi pada 3 Julai lalu.
Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, cawangan tersebut ialah Serian, Kota Samarahan, Betong dan Sri Aman.
“Hampir semua bahagian negeri ini sudah mempunyai pejabat AADK dan secara keseluruhanya adalah 11 cawangan,” ujarnya pada sidang media selepas Program Simposium Pengupayaan Komuniti ‘Pendekatan Holistik Penyalahgunaan Dadah,CabarandanTindakan Strategik’, pada Sabtu.
Simposium itu dianjurkan oleh Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Sibu dan Pejabat Residen Bahagian Sibu.
Dalam pada itu, beliau berharap simposium itu dapat diperluaskan ke seluruh Sarawak pada masa akan datang.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata lebih 300 pemimpin akar umbi menghadiri simposium itu.
Beliauberkata,merekayang dijemput terdiri daripada pemimpin masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Komuniti 1Malaysia danKawasanRukunTetangga (KRT).
“Melalui simposium ini, saya minta masyarakat menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan komuniti bebas ancaman dadah.
“Suatuketikadahulumusuh utama kita adalah penjajah, namun hari ini musuh kita tidak lagi manusia penjajah tetapi dadah menjajahi kehidupan anak muda masa kini.
“Sungguhpun statistik penagihan dadah di Sibu seperti tidak membimbangkan, namun masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh hadir tanpa disedari pada bila-bila masa,” katanya.
Tiong turut menggesa komuniti bekerjasama dan menggerakkan usaha memastikan komuniti bebas daripada ancaman dadah.
Hadir sama Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee.
“Suatu
ketika dahulu musuh utama kita adalah penjajah, namun hari ini musuh kita tidak lagi manusia penjajah tetapi dadah menjajahi kehidupan anak muda masa kini.” DATUK TIONG THAI KING Adun Dudong