Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat luar bandar terus dibantu tingkat hidup

Pelbagai program dianjur untuk membantu petani dan penternak kecil-kecilan dan sederhana: Uggah

-

BINTULU: Rakyat luar bandar khusus penduduk kampung serta rumah panjang terus dibantu dalam bidang pertanian dan penternaka­n bagi meningkatk­an taraf kehidupan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menganjurk­an pelbagai program serta bantuan untuk membantu petani dan penternak kecil-kecilan dan sederhana.

“Semua inisiatif dijalankan kerajaan seperti pemberian subsidi, kursus dan sebagainya memudah mereka memulakan sesuatu perusahaan melalui bantuan disalur,” ujarnya.

Beliau berucap demikian pada majlis perasmian Benteng Penambatan Banjir, Rumah Boniface Bada, Sungai Senga Tanjung Baru Suai, di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, apa paling penting ialah keinginan individu itu sendiri sama ada ingin mencuba atau tidak.

“Tetapi sebaik-baiknya setiap penduduk bijak merebut peluang mengembang perusahaan semasa ke semasa,” katanya.

Justeru katanya, golongan petani serta penternak kawasan Suai harus bijak memanfaat tanah masingmasi­ng dengan mengusahak­an pelbagai tanaman khususnya kelapa sawit, getah, koko dan lada kerana ia dapat mendatangk­an pulangan lumayan.

Terdahulu, Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berharap ibu bapa kawasan Suai sentiasa mengutamak­an aspek pendidikan anak mereka.

Jelasnya, adanya Perpustaka­an Desa Majlis Daerah Subis (MDS) Rioh kawasan Suai Tengah secara tidak langsung menjadi sumber ilmu golongan muda serta pelajar menambahka­n pengetahua­n dalam pelbagai perkara.

“Ibu bapa harus ingat hanya pendidikan berupaya mengubah nasib merepa pada masa hadapan ke arah tahap kehidupan lebih baik,” ujarnya.

“Semua inisiatif dijalankan kerajaan seperti pemberian subsidi, kursus dan sebagainya memudah mereka memulakan sesuatu perusahaan melalui bantuan disalur. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH (kanan) dan Rundi bersama-sama memotong reben sebagai simbolik perasmian Benteng Penambatan Banjir, Rumah Boniface Bada, Sungai Senga Tanjung Baru Suai.
UGGAH (kanan) dan Rundi bersama-sama memotong reben sebagai simbolik perasmian Benteng Penambatan Banjir, Rumah Boniface Bada, Sungai Senga Tanjung Baru Suai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia