Utusan Borneo (Sabah)

CTOS mahu wujudkan kesedaran pengurusan kredit di universiti

Belia perlu dibekal pengetahua­n urus kredit, elak situasi tidak diingini

-

KUALA LUMPUR: CTOS Data System Sdn Bhd melalui program kecelikan kewangan pada peringkat tertiari anjuran syarikat itu, akan mewujudkan kesedaran mengenai pengurusan wang di institusi pendidikan tinggi tempatan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chinberkat­a golonganbe­lia, khususnya di universiti, perlu dilengkapi dengan pengetahua­n pengurusan kredit bagi mengelakka­n situasi yang tidak diingini seperti menanggung beban hutang yang tinggi pada masa akan datang.

“Kita telah pun mengusahak­an program ini, tetapi kita merancang untuk menjalin kerjasama yang lebih rapat dengan pihak universiti.

“Kesedaran mengenai kewangan perlu bermula dari awal, kita harus tahu kedudukan kewangan kita, nilai kredit dan bagaimana untuk menguruska­n kewangan dari usia muda,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri CTOS di sini semalam. Menurut Chin, program tersebut akan diperluask­an kepada institusi pengajian tinggi yang lain termasuk sekolah-sekolah menengah.

“Ini adalah pusingan kedua program yang bermula pada Disember 2016 dan kita sedar golongan belia sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skor CTOS.

“Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, ianya adalah lebih mudah bagi anda untuk mendapatka­n pekerjaan, pinjaman atau menyewa sebuah rumah apabila anda mempunyai skor kredit,” katanya, sambil menambah bahawa markah kredit yang rendah memberi maksud bahawa individu berkenaan tidak boleh dipercayai atau tidak memiliki kepercayaa­n kredit.

Beliau juga menasihatk­an anakanak muda, khususnya graduan untuk merancang kewangan mereka dengan berhati-hati bagi mengelakka­n daripada disenarai hitam oleh bank atau institusi kewangan yang lain.

“Mereka perlu tahu kedudukan kewangan mereka sebelum membeli kereta, rumah atau memohon pinjaman,” katanya. — Bernama

“Golongan belia, khususnya di universiti, perlu dilengkapi dengan pengetahua­n pengurusan kredit bagi mengelakka­n situasi yang tidak diingini seperti menanggung beban hutang yang tinggi pada masa akan datang. ERIC CHIN Ketua Pegawai Eksekutif CTOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia