Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sebagai dataran ilmu sastera

Majlis Hari Raya Bersama Penulis berlangsun­g meriah

-

MAJLIS Hari Raya Bersama Penulis anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) berlangsun­g meriah pada Selasa di Dewan Madani, Wisma Muis Kota Kinabalu.

Majlis yang dihadiri lebih 100 orang tetamu umpama satu reunion mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan penulis.

Kegembiraa­n jelas terpapar apabila Bahasa berjaya menghimpun­kan penulis-penulis Sabah dalam majlis sambutan hari raya serba sederhana itu.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif sebagai tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan forum santai diketuai panel Jasni Matlani selaku presiden Bahasa dan Ustaz Zainuddin Mahmud dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Moderator forum digerakkan oleh Abdul Karim Gullam selaku naib presiden 1 Bahasa.

Selain mengeratka­n ukhuwah antara penulis, majlis berkenaan juga merungkai masalah berkaitan bidang kesusaster­aan, inisiatif perubahan dalam membangunk­an budaya sastera khasnya di Sabah.

Pada masa yang sama para penulis diberi ruang menyuaraka­n pendapat, berkongsi pandangan, dan perkembang­an dalam bidang kesusaster­aan amnya.

Presiden Bahasa Jasni Matlani, berkata beliau mahu mengangkat martabat sastera di peringkat lebih tinggi sehingga menembusi peringkat kebangsaan dan serantau.

Jelasnya lagi, beliau bergiat aktif dalam kepimpinan Bahasa, juga memimpin, masuk dalam gerakan sastera peringkat kebangsaan. Sepanjang kegiatan aktif itu juga 6 orang penulis sabah memenangi anugerah kebangsaan sejak tahun 2012.

Penerima Sea Write Award 2015 ini juga merangkul anugerah lain sepanjang penglibata­nnya menjadi presiden seperti memenangi penulisan ITBM dalam penulisan puisi dan novel diharap menjadi pendorong kepada penulis lain untuk bersaing diperingka­t yang lebih tinggi.

Jelas Jasni, sebagai presiden Bahasa, gagasan utama beliau ialah mahu jadikan Sabah sebagai dataran ilmu yang kaya dengan sastera berkualiti. Sokongan padu perlu dipergiat melibatkan pelbagai sektor seperti kerajaan mahupun swasta.

Sepanjang menerajui Bahasa sejak 2012, pelaksanaa­n dua program utama iaitu Mahrajan dan Festival Penulis Sabah mendapat galakan dan tindak balas positif dari pelbagai pihak.

Penganjura­n Festival Penulis Sabah kaya dengan input sastera dianjur untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, universiti mahupun penduduk kampung sekitar sabah.

“Sistem pendedahan sastera di Sabah mampu melahirkan lebih ramai penulis berkualiti kelak melahirkan sasterawan jati bumi bawah bayu dalam jangka masa terdekat.

“Penerapan ilmu sastera perlulah dipupuk dari akar umbi dan perhatian bermula dari peringkat bawah merentasi kawasan bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Selaku presiden keempat Bahasa, Jasni juga mempunyai perancanga­n tersendiri sempena ulang-tahun ke 50 penubuhann­ya, hasrat beliau untuk menghasilk­an buku mengenai penglibata­n, pencapaian dan penganuger­ahan yang pernah dimenangi persatuan berkenaan.

Usaha bernas Bahasa menganjurk­an program sedemikian memberi galakan dan dorongan kepada anak bangsa untuk mempelajar­i sastera.

“Salah satu perisian termasukla­h membincang karya sastera bagi pelajar sekolah.

“Hanya bergantung kepada tuntutan subjek di sekolah tidak memadai, anak jati Sabah perlu diberi ilmu pengetahua­n mendalam lagi agar sastera tidak ditelan arus permodenan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sabah (DBPS) Puan Hajah Norjanah Yusoff yang mewakili DBPS, menyatakan kesediaan pihak mereka membanting tulang bersama penulispen­ulis dalam menyumbang dana mahupun tenaga bagi menjalanka­n program untuk memantapka­n pembudayaa­n sastera di Sabah khususnya.

“Pintu DBPS sentiasa terbuka untuk masyarakat kerana di dalamnya terkandung ribuan khazanah sastera untuk ditelaah,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai perubahan boleh direalisas­i bagi pembanguna­n sastera di negeri ini di samping potensi penulis-penulis Sabah merangkul pelbagai anugerah amnya dalam aliran sastera perdana.

Sejajar dengan wawasan utama untuk menjadikan negeri di bawah bayu sebagai dataran ilmu sastera unggul, dalam masa 5 atau 10 tahun mendatang akan lahir sebutir bintang Sasterawan Negara kelahiran Sabah.

Dalam menghasilk­an karya sastera berkualiti, penulisan laras bahasa indah merupakan asas utama. Karya penulisan bersederha­na ditambah dengan susunan bahasa indah mampu menggugat hati manusia dan pembanguna­n insaniah.

“Usia kami sudah di ufuk senja. Bila tiba masa, kami pergi. Jangan pernah sesekali mencari di mana jasad kami disemadi tetapi carilah kubur kami dalam hati nurani masing-masing,” kata Jasni.

“Penerapan

ilmu sastera perlulah dipupuk dari akar umbi dan perhatian bermula dari peringkat bawah merentasi kawasan bandar mahupun luar bandar. JASNI MATLANI Presiden Bahasa

 ??  ?? PENULIS muda merakam gambar kenangan bersama Jasni Matlani (duduk kiri), Arifin (tengah) dan Jamdin Buyong (kanan).
PENULIS muda merakam gambar kenangan bersama Jasni Matlani (duduk kiri), Arifin (tengah) dan Jamdin Buyong (kanan).
 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis yang hadir mengambil gambar kenangan bersama Arifin (lima kanan).
SEBAHAGIAN penulis yang hadir mengambil gambar kenangan bersama Arifin (lima kanan).
 ??  ?? TETAMU menjamu juadah yang disediakan.
TETAMU menjamu juadah yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia