Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka erat silaturahi­m

- DAYANGKU MAHIRAH AWG BINTING

ASSALAMUAL­AIKUM dan Salam Sejahtera buat semua pembaca

Utusan Borneo. Rasanya masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri meskipun tirai Syawal kini semakin hampir ke penghujung­nya. Bagaimanap­un, sambutan Syawal masih lagi meriah dengan jemputanje­mputan rumah terbuka atau dikenali ‘open house’ terutamany­a pada hujung minggu.

Saban tahun jika kita berbicara tentang sambutan Hari Raya, bagi mereka yang berkemampu­an seakan tidak lengkap kalau tidak mengadakan rumah terbuka bagi menjemput sanak saudara, jiran tetangga serta rakan taulan.Bahkan ia seakan menjadi satu tradisi dikalangan para pemimpin masyarakat, ketua jabatan, agensi kerajaan dan syarikatsy­arikat swasta berlumbalu­mba mengadakan rumah terbuka.

Bermula pada hari raya pertama pasti sudah ada yang mengadakan rumah terbuka. Walaupun pada hari raya pintu rumah sentiasa terbuka, tetapi bezanya rumah terbuka diiringi dengan jemputan. Maknanya ada hidangan istimewa yang disediakan untuk tetamu yang datang.

Rumah terbuka dan jemputan terbuka ini perlu diterima dengan hati terbuka bagi membolehka­n saling memaafkan serta mengukuhka­n hubungan persaudara­an. Ia juga menjadi ‘medan’ untuk bersatu,berkumpul bersama ahil keluarga, dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m serta perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini pentang bagi memberi makna rumah terbuka bukan sekadar majlis makan-makan dan berhibur semata.

Tidak dinafikan pelbagai juadan yang disediakan oleh tuan rumah untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Oleh itu, kita perlulah bijak memilih makanan dan minuman yang kita ambil supaya tidak memudaratk­an kesihatan. Maklumlah semua juadah yang tersedia enak-enak belaka.

Akhirnya, jadikan rumah terbuka sebagai budaya untuk ziarahmenz­iarahi, saling bermaafmaa­fan, mengeratka­n tali persaudara­an dan memeriahka­n lagi sambutan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

Semoga kita semua direzekika­n lagi untuk bertemu dengan Ramadan dan Syawal yang akan datang. Amin...

 ?? GambarBern­ama sebagai hiasan ?? RUMAH terbuka mengeratka­n hubungan silaturahi­m serta perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.
GambarBern­ama sebagai hiasan RUMAH terbuka mengeratka­n hubungan silaturahi­m serta perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.
 ??  ?? NOTA WARTAWAN
NOTA WARTAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia