Utusan Borneo (Sabah)

Ambil peluang pelaburan dijamin kerajaan

Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya

-

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Dr Awang Adek Hussin menggesa golongan muda agar berfikir dengan teliti sebelum melabur dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjika­n keuntungan luar biasa.

Sebaliknya, beliau berkata mereka hendaklah mengambil peluang pelaburan yang dijamin oleh kerajaan dan menjanjika­n keuntungan konsisten setiap tahun.

PNB misalnya menawarkan pelbagai skim pelaburan yang memberikan keuntungan dan dividen konsisten dan menguntung­kan pelabur, katanya semasa menyampaik­an taklimat “Celik Kewangan dan Melahirkan Modal Insan Berkualiti dan Berintegri­ti Bagi Mencapai TN50” pada Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini malam Sabtu.

“Sekarang ini ramai benar yang mudah terpedaya. Kalau ada skim pelaburan yang janjikan keuntungan 20 peratus, 30 peratus, 50 peratus, fikir dulu munasabah ke tidak? Mustahil ada pelaburan begitu. Gali emas pun tak boleh dapat untung sampai 50 peratus,” katanya.

Awang Adek turut mengingatk­angolongan­muda agar tidak terjebak dalam beban hutang keterlalua­n sehingga menyebabka­n nama mereka disenarai hitam.

“Jika kita lihat rekod, ramai yang kena senarai hitam CRISS ini daripada golongan muda. Hutang kad kredit terutamany­a. Cuba rancang kewangan, elak terjebak dengan hutanghuta­ng begini,” katanya.

Persidanga­n Parlimen Mahasiswa tahun ini merupakan kali ketiga diadakan dengan 210 orang mahasiswa daripada 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta menyertain­ya. -Bernama

Sekarang ini ramai benar yang mudah terpedaya. Kalau ada skim pelaburan yang janjikan keuntungan 20 peratus, 30 peratus, 50 peratus, fikir dulu munasabah ke tidak? Mustahil ada pelaburan begitu. Gali emas pun tak boleh dapat untung

peratus.” sampai 50 DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia