Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan simpanan KWSP, tampung persaraan bagi tempoh lebih 20 tahun

Tampung persaraan bagi tempoh lebih 20 tahun

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Masyarakat yang mempunyai akaun dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memerlukan lebih banyak simpanan untuk menampung kehidupan setelah bersara bagi tempoh lebih 20 tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kini jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada purata 75 tahun, maka jumlah simpanan yang lebih banyak diperlukan bagi menampung kehidupan ketika bersara.

“Sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun, dari sekarang kita perlu menyediaka­n suasana yang selesa untuk bersara dengan memastikan simpanan yang mencukupi ketika usia semakin tua.

“Kita perlu menilai semula adakah simpanan yang ada cukup untuk memenuhi keperluan asas masingmasi­ng, memandangk­an kos kehidupan yang semakin meningkat, khususnya belanja perubatan ketika usia lanjut.

“Kebimbanga­n seumpama itu adalah faktor sebenar yang akan memberikan impak kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan Seminar Bicara Persaraan Bersama KWSP di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Musa berkata masyarakat dinasihatk­an untuk menilai semula tahap kesihatan masing-masing termasukla­h kekuatan kewangan sebagai sokongan penting.

Katanya, persediaan itu sangat penting bagi memastikan persaraan dan anak masing-masing terjamin di masa hadapan.

“Ketika kita mengejar impian dalam kewangan dan persaraan, jangan sesekali lupa mengenai pengurusan hutang masing-masing.

“Peningkata­n dalam kos kehidupan boleh dijadikan sebagai peringatan betapa pentingnya seseorang itu celik dalam pengurusan kewangan,” katanya.

Menurutnya, hanya dengan cara itu seseorang mampu memiliki satu sistem kewangan yang baik seterusnya menjamin masa depan yang positif.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa gembira untuk mengadakan kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan yang bertanggun­gjawab dalam program atau projek yang memberikan faedah kepada rakyat Sabah agar lebih celik menguruska­n kewangan.

“Kita sangat mengalualu­kan pendekatan KWSP yang mengadakan kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membawa program kecelikan kewangan holistik ke Kota Kinabalu.

“Program seperti ini adalah penting dan rakyat Malaysia perlu bersedia dari segi kewangan khususnya golongan belia yang mana mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negara di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata usaha KWSP memberikan fokus kepada peningkata­n kesedaran awam mengenai kepentinga­n perancanga­n kewangan dan simpanan untuk kehidupan bersara yang lebih selesa bukan sahaja dalam kalangan mereka yang mempunyai akaun KWSP tetapi juga orang awam adalah satu perkara yang baik.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azzaddin Ngah Tasir, Pengurus Operasi Wilayah Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee serta tetamu kehormat yang lain.

Ketika kita mengejar impian dalam kewangan dan persaraan, jangan sesekali lupa mengenai pengurusan hutang masingmasi­ng. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? TEO memalu gong sebagai gimik perasmian sambil diperhatik­an oleh Azzaddin (kiri), Shahril (dua kanan) dan Wong (kanan).
TEO memalu gong sebagai gimik perasmian sambil diperhatik­an oleh Azzaddin (kiri), Shahril (dua kanan) dan Wong (kanan).
 ??  ?? TEO (dua kiri), Azzaddin (kiri), Shahril (dua kanan) dan Wong (kanan) menunjukka­n tanda bagus untuk iklan KWSP yang disiarkan di Utusan Borneo dan The Borneo Post.
TEO (dua kiri), Azzaddin (kiri), Shahril (dua kanan) dan Wong (kanan) menunjukka­n tanda bagus untuk iklan KWSP yang disiarkan di Utusan Borneo dan The Borneo Post.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia