Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki samun, cabul wanita di Teluk Likas ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tiga lelaki yang menyamun dan mencabul dua wanita di Taman Awam Teluk Likas awal bulan ini berjaya ditahan sepasukan polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata ketigatiga suspek berumur 16 hingga 26 tahun terbabit ditahan di Kampung Likas antara jam 6 petang dan 11.30 malam.

“Kejadian itu berlaku semasa dua wanita yang memulakan riadah jam 6.10 pagi ditegur tiga lelaki (suspek) yang tidak dikenali, bagaimanap­un tidak mengendahk­an mereka dan meneruskan aktiviti.

“Lima minit selepas memulakan larian, mangsa melihat suspek di kerusi di kawasan lapang dan sebaik melalui mereka, mangsa dipeluk dari arah belakang menyebabka­n dia meronta untuk melepaskan diri.

“Salah seorang suspek kemudian mengambil telefon bimbit mangsa dan pada masa sama, mangsa berjaya melepaskan diri sebelum beredar dari lokasi untuk membuat laporan polis,” katanya.

Chandra berkata hasil siasatan berterusan, kesemua suspek berjaya dikesan dan ditahan di Kampung Likas dalam dua siri serbuan berasingan.

“Polis turut merampas resit tulisan tangan yang dipercayai pin untuk membuka telefon bimbit mangsa dan telefon bimbit kepunyaan mangsa.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menempatka­n anggotanya di sepanjang kawasan Taman Teluk Likas untuk rondaan rutin dan pemeriksaa­n agresif turut dilaksanak­an terhadap pengunjung yang meragukan, dan tangkapan akan dibuat jika perlu.

Polis juga menasihatk­an pengunjung taman agar sentiasa berwaspada semasa menjalanka­n aktiviti riadah di kawasan berkenaan.-

 ??  ?? KESEMUA suspek yang berjaya ditahan di Kampung Likas dalam dua serbuan berasingan.
KESEMUA suspek yang berjaya ditahan di Kampung Likas dalam dua serbuan berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia