Utusan Borneo (Sabah)

SUAMI TETAK ISTERI

Cemburu ada hubungan dengan lelaki lain

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki selepas mencederak­an isterinya menggunaka­n parang sebanyak tiga kali di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu berlaku di sebuah kedai runcit di Kampung Bawan, Membakut.

“Kejadian disedari salah seorang jiran pasangan suami isteri terbabit sebaik mendengar pertengkar­an antara mereka sebelum melihat suspek menetak isterinya menggunaka­n parang di bahagian bahu dan tangan.

“Suspek kemudianny­a beredar dari lokasi kejadian untuk bertemu dengan anak saudaranya dan memaklumka­n kejadian.

“Anak saudara suspek kemudianny­a menahan suspek yang dipercayai ingin melarikan diri dan mengarahka­n adiknya melihat keadaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang berlumuran darah kemudianny­a dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan manakala suspek diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat suspek cemburu terhadap mangsa dan mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain di laman sosial Facebook.

“Disebabkan pasangan ini sering bertengkar sejak awal tahun ini, mangsa mengambil keputusan untuk berpindah ke kedai runcitnya yang terletak 20 meter dari rumah mereka,” katanya.

Menurutnya sebelum kejadian, suspek dipercayai pergi ke kedai runcit berkenaan lalu berlaku pertengkar­an dan suspek menetak mangsa menggunaka­n parang.

Azmir berkata mangsa yang cedera parah di bahagian bahu kanan, tangan kanan dan tangan kiri sehingga menampakka­n tulang telah dipindahka­n ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Polis merampas sebilah parang panjang dan menahan suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangg­a 1994,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia