Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi ekonomi negara dijangka atasi jangkaan agensi penarafan antarabang­sa

-

PUTRAJAYA: Prestasi ekonomi negara dijangka mengatasi jangkaan agensiagen­si penarafan antarabang­sa pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata walaupun berdepan dengancaba­ranseperti harga minyak dunia tidak menentu, ketegangan seperti di Korea, prestasi ekonomi China dan sebagainya, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan seteruk daripada prestasi negara lain di rantau ini.

“Saya yakin dengan kepimpinan mantap dan dasar kerajaan yang baik, kita dapat mengembali­kan keyakinan pelabur di dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini kelmarin.

Abdul Rahman berkata pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini mencatatka­n 5.6 peratus dan prestasi eksport negara kekal kukuh dengan mencatatka­n pertumbuha­n dua digit dalam tempoh tujuh bulan berturut-turut sejak Disember tahun lalu. “Pertumbuha­n kukuh adalah menyeluruh berikutan eksport ke semuadesti­nasi seperti ASEAN, China, AS, Jepun dan EU berkembang dengan pesat.

“Pertumbuha­n eksport Malaysia untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini mencatat 23.3 peratus, antara pengekspor­t paling pantas di rantau ini mengalahka­n China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Thailand dan Singapura.

“Ini menolak dakwaan pembangkan­g bahawa ekonomi negara ‘tenat’ dan Malaysia bukan lagi sebuah negara eksport berikutan nilai ringgit rendah adalah tidak tepat,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) meminta pembangkan­g berhenti sabotaj ekonomi negara dengan mengemukak­an fakta yang tidak tepat sehingga menjejaska­n ekonomi negara.

“Apabila ini berlaku, ia akan memburukka­n ekonomi. Ia akan memberi kesan yang amat besar kepada rakyat apabila syarikat tidak melabur di negara ini, tiada kilang dan tiada pekerjaan.

Rakyat akan menderita”, katanya. — Bernama

 ??  ?? ABDUL Rahman dan isteri Norazlina bersama warga kerja Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri semasa Sambutan Aidilfitri EPU di Putrajaya, kelmarin. — Gambar Bernama
ABDUL Rahman dan isteri Norazlina bersama warga kerja Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri semasa Sambutan Aidilfitri EPU di Putrajaya, kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia