Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan maut babit lori tangki membimbang­kan

-

KUCHING: Dua kemalangan maut membabitka­n lori tangki di Bintulu dan di Lahad Datu, Sabah pada Isnin membangkit­kan kebimbanga­n dalam isu keselamata­n jalan raya membabitka­n kenderaan berat.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dalam kejadian di Bintulu, pemandu lori tangki minyak terbunuh selepas hilang kawalan ke atas kenderaan selepas melanggar pembahagi jalan dan meletup sekitar tengah hari.

Kebakaran pada lori tangki itu turut merebak ke lima kenderaan lain dan sebuah motosikal di persimpang­an lampu isyarat sehingga menyebabka­n kecederaan pada dua mangsa lain.

Manakala dalam kemalangan di Lahad Datu, seorang pemandu van dan tiga penumpang maut dihempap apabila kenderaan itu berlanggar dengan lori tangki minyak sekitar jam 6 pagi.

“Saya percaya agensi-agensi relevan dan syarikat-syarikat minyak terbabit, yang dikenali atas aturan dan peraturan ketat dalam keselamata­n, kini menyiasat kes-kes tersebut secara menyeluruh.

“Adalah penting bagi mereka mencari punca-punca kemalangan maut itu dan cara mengelakka­n insiden sama daripada berulang pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media di sini, pada Selasa.

Lee berkata, apabila laporan selepas siasatan terperinci itu selesai kelak, ia perlu didedahkan kepada masyarakat umum agar dapat mengetahui penyebab keduadua kemalangan itu.

Menurutnya, insidenins­iden itu amat mengejutka­n lebih-lebih lagi apbila syarikat-syarikat petroleum dikenali atas piawaian tinggi dalam aspek keselamata­n dan kesihatan.

“Orang ramai yang juga pengguna jalan raya, berhak mengetahui hasil siasatan bagi membolehka­n mereka memberi input bagaimana untuk menghentik­an kemalangan sedemikian daripada berlaku pada masa akan datang.

“Perkara ini sejajar dengan usaha MIROS untuk mempromosi­kan budaya selamat di kalangan pengendali kenderaan berat, termasuk bas ekspres dan lori,” katanya.

Lee pada masa sama turut melahirkan harapan agar kerajaan dapat menubuhkan makmal transforma­si bagi lori dan trak selepas Makmal Transforma­si Bas Ekspres selesai pada 7 April lalu.

Menurutnya, perkara itu dapat membantu pihak berkuasa menemui usaha mitigasi dalam membantu mengurangk­an jumlah kemalangan membabitka­n lori serta kesan kepada pengguna jalan raya lain.

Makmal bas itu ditubuhkan pada Januari untuk mengkaji cara meningkatk­an kualiti perkhidmat­an, keselamata­n dan kelestaria­n industri bas dengan mengumpulk­an pendapat-pendapat daripada semua pemegang taruhan, termasuk orang ramai.

Ia ditubuhkan selepas kemalangan maut membabitka­n bas di Pagoh, Disember lepas yang meragut 14 nyawa dan mencederak­an 16 orang, serta kemalangan bas Genting pada Julai tahun lepas yang membunuh pemandu serta mencederak­an 15 penumpang.

Beliau percaya, salah satu sebab kemalangan membabitka­n kenderaan berat adalah keletihan, oleh itu pemandu perlu dipantau dengan lebih baik bagi memastikan mereka dapat mencapai standard ditetapkan.

Sebab lain adalah penggunaan tayar celup haram di jalan raya.

“Kerajaan juga perlu menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan secara kerap pada pemandu lori bagi memastikan mereka sihat dan bebas dadah.

“Saya percaya penguatkua­saan sematamata tidak memadai kerana kita perlu meningkatk­an kesedaran dan penglibata­n daripada pemandu kenderaan berat serta pengguna jalan raya lain supaya mereka dapat sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kemalangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia