Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan Honduras dibunuh di Mexico

-

COATZACOAL­COS: Seorang wartawan dari Honduras yang mencari suaka di Mexico, selepas seorang rakan sejawatan yang bekerjasam­a dengannya dibunuh, telah dibunuh di negeri ganas Veracruz, kata pihak berkuasa dan aktivis.

Edwin Rivera Paz diekori lelaki bersenjata dan ditembak mati pada waktu siang Ahad lepas di bandar timur Acayucan, kata pihak berkuasa tempatan dan kumpulan hak media, Pemberita Tanpa Sempadan.

Jurukamera berita TV itu merupakan wartawan ketujuh yang dibunuh pada tahun

Situasi itu hampir sama bahaya seperti di negara asalnya Honduras, di mana 70 wartawan sudah dibunuh sejak 2003 – termasuk ketua Rivera, Igor Padilla.

Padilla, seorang wartawan bagi saluran berita HCH di ibu negara Honduras, dibunuh dalam satu serangan pandu lalu pada Januari lepas ketika dia membuat penggambar­an bagi sebuah iklan.

Ia mendorong Rivera, yang menjalinka­n kerjasama yang erat dengannya, untuk lari ke Mexico. Dia baharu sahaja diberi status pelarian sebelum dia dibunuh, menurut Pemberita Tanpa Sempadan.

Dia telah membuat satu dokumentar­i mengenai masalah yang dihadapi pendatang dan pelarian, kata pencari suaka lain dari Amerika Tengah.

Honduras menyeru kepada Mexico untuk membawa pembunuh Rivera ke muka pengadilan.

“Kami meminta pendakwa kerajaan untuk menyiasat. Jangan biarkan jenayah ini tanpa dihukum,” kata konsul Honduras di Mexico, Raul Otoniel Morazan, kepada AFP.

Pemberita Tanpa Sempadan menggesa kedua-dua negara untuk menyiasat.

Mexico negara ketiga paling berdarah bagi wartawan, selepas zon perang di Syria dan Afghanista­n.

Lebih 90 peratus pembunuhan wartawan belum mendapat keadilan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia