Utusan Borneo (Sabah)

PBS GERAK JENTERA

Untuk hadapi PRU-14 bila-bila masa

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) dan mengaktifk­an jentera di semua kawasan, termasuk 13 kawasan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diluluskan tahun lalu.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jentera parti di semua kawasan sudah diaktifkan dan tahap persediaan dipertingk­atkan.

“Jentera kita di semua pusat mengundi sudah memulakan kerja. Sekiranya kawasan DUN baharu ini diterima pakai dalam pilihan raya akan datang, kita bersedia menubuhkan jawatankua­sa penaja di kawasan berkenaan,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBS di sini pada Isnin.

Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berkata PBS sudah menyuaraka­n hasrat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mendapatka­n enam daripada 13 kerusi baharu yang dicadangka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menerusi persempada­nan semula itu.

Katanya, sebagai parti berbilang kaum, PBS pasti boleh melakukan yang terbaik di kawasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan BN.

Dalam perkembang­an lain, Majlis Tertinggi PBS juga menggesa Kerajaan Negeri supaya menyemak semula perjanjian yang dilakukan bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) Sahabat di Lahad Datu.

Menurutnya, ahli PBS di bahagian pantai timur sering kali membangkit­kan isu berkaitan Felda Sahabat di Lahad Datu yang didapati gagal memenuhi perjanjian untuk menyediaka­n kawasan peneroka kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah, terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut.

Maximus berkata kirakira 400,000 hektar tanah di Lahad Datu dikenal pasti untuk pelaksanaa­n program berkenaan. Program itu akan membolehka­n peladang memperoleh keuntungan daripada penanaman getah dan kelapa sawit di bawah Felda.

“Namun sehingga kini, hanya 25 peratus daripada jumlah kawasan itu digunakan oleh peladang tempatan. Bagaimana pula dengan kawasan selebihnya (75 peratus).

“Menurut perancanga­n asal, kawasan dikenal pasti itu akan dimanfaatk­an oleh 1,000 peladang. Namun, hingga kini, Felda tidak meneruskan perancanga­n berkenaan. Program itu juga sudah dihentikan,” katanya.

Atas sebab itu, PBS menggesa agar perjanjian bersama Felda itu disemak semula bagi memastikan Felda menunaikan janji mereka.

 ??  ?? MAXIMUS bersama anggota Majlis Tertinggi PBS selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan.
MAXIMUS bersama anggota Majlis Tertinggi PBS selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia