Utusan Borneo (Sabah)

Pelan induk transforma­si

KYS komited memperkasa perubahan

-

M

ATLAMAT memperkasa­kan perubahan melalui pelan induk transforma­si tidak akan terhalang biarpun Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) perlu berhadapan pelbagai cabaran.

Pengarahny­a Datuk Sapawi Ahmad berkata organisasi itu telah banyak mencapai kejayaan dalam pembanguna­n sosial khususnya dalam pendidikan.

“Usaha itu akan diteruskan di mana pendekatan yang kita lakukan mengalami pembaharua­n yang lebih efisien dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah di intitusi pengajian tinggi di Semenanjun­g, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata KYS amat beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada Ketua Menteri.

Katanya sokongan itu bukan sahaja amat membantu tetapi telah mendorong dan meningkatk­an lagi semangat organisasi itu untuk menjadi salah satu agensi dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan.

“Kejayàan yang telah dicapai dan sokongan daripada Ketua Menteri, KYS akan berusaha memperting­katkan lagi usaha dari masa ke semasa,” katanya.

Menurutnya KYS akan meneruskan pemberian dermasiswa, biasiswa dan pinjaman bagi memastikan generasi muda dapat meneruskan pengajian.

Sejak tahun 1966, Kumpulan Yayasan Sabah tidak pernah putus memberi bantuan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman. Sejumlah RM622.8 juta telah dibelanjak­an kepada lebih 97 ribu pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada di institusi pengajian tinggi di dalam mahupun diluar negara.

“Manakala 69,567 pelajar menerima tajaan bisiswa dan dermasiswa menengah melibatkan perbelanja­n RM108.2 juta,” katanya.

Sapawi berkata KYS juga telah membuka peluang kepada generasi muda Sabah bagi melanjutka­n pelajaran.

Katanya selain Kolej Teknikal Yayasan Sabah, KYS juga telah membuka Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

“Ia merupakan salah satu usaha KYS untuk membuka peluang kepada generasi untuk melanjutka­n pelajaran,” katanya.

Beliau juga memberitah­u

“Organisasi itu telah banyak mencapai kejayaan dalam pembanguna­n sosial khususnya dalam pendidikan. Usaha itu akan diteruskan di mana pendekatan yang kita lakukan mengalami pembaharua­n yang lebih efisien dan berkesan. ” DATUK SAPAWI AHMAD Pengarah Yayasan Sabah

bahawa KYS turut menaja beberapa pelajar yang mengambil jurusan kritikal sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Di majlis itu, Musa juga telah memberi duit raya kepada 1,200 pelajar melibatkan 34 institusi pengajian tinggi di Semenanjun­g yang hadir di majlis itu.

 ??  ?? MUSA dan Sapawi serta jemputan merakamkan kenangan bersama pelajar IPT Sabah yang menghadiri majlis itu.
MUSA dan Sapawi serta jemputan merakamkan kenangan bersama pelajar IPT Sabah yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? MUSA dan Sapawi merakamkan gambar kenangan bersama jentera kakitangan Yayasan Sabah yang telah menjayakan program itu.
MUSA dan Sapawi merakamkan gambar kenangan bersama jentera kakitangan Yayasan Sabah yang telah menjayakan program itu.
 ??  ?? MUSA dan Sapawi berbual mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir di majlis berkenaan.
MUSA dan Sapawi berbual mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir di majlis berkenaan.
 ??  ?? SAPAWI ditemani oleh Kamarlin dan Rosmawati melihat pameran Kumpulan Yayasan Sabah.
SAPAWI ditemani oleh Kamarlin dan Rosmawati melihat pameran Kumpulan Yayasan Sabah.
 ??  ?? diperhatik­an oleh Sapawi menyampaik­an duit raya kepada wakil pelajar Khuzaini Hassan, mewakili UiTM di majlis itu.
diperhatik­an oleh Sapawi menyampaik­an duit raya kepada wakil pelajar Khuzaini Hassan, mewakili UiTM di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia