Utusan Borneo (Sabah)

Esscom rekod tangkapan 5,704 PTI

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merekodkan sebanyak 5,704 tangkapan pendatang tanpa izin (PTI) dalam 833 Operasi Bersepadu dan 10 Operasi Gasak di Zon Selamat Timur Sabah (Esszon) sejak 2016 sehingga kelmarin.

Komander Esscom DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata daripada jumlah itu, seramai 90,124 orang telah diperiksa dan menjalani proses dokumentas­i.

Beliau berkata Esscom juga berjaya menahan seramai 466 warga asing yang menggunaka­n pam bot dan merampas sebanyak 632 pam bot serta 1,728 enjin bot pam dengan nilai rampasan RM1,099,185.

“Bagi sepanjang tempoh sama, pasukan keselamata­n turut berjaya mematahkan sebanyak 1,057 kes penyeludup­an di atas pelbagai kesalahan seperti penyeludup­an barang bersubsidi dan barang bercukai dengan melibatkan nilai rampasan RM14.09 juta.

“Esscom juga pernah mengeluark­ansenarai2­3orang dikehendak­i dan daripada jumlah itu, enam berjaya ditembak mati, dua ditangkap dan tiga menyerahka­n diri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perbarisan Penghargaa­n sempena persaraan beliau, yang diadakan di Padang Kawad Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Noor Alam Khan Abdul Wahid serta ketuaketua staf dan seluruh warga Esscom.

Beliau yang mula berkhidmat sebagai Komander Esscom pada 23 Disember20­15akanmenj­alani persaraan wajib pada 26 Jun ini dan jawatannya akan digantikan oleh Datuk Hazani Ghazali yang juga bekas Komander Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Dalam pada itu, Abdul Bari turut melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pasukan keselamata­n dan masyarakat di Esszone sepanjang beliau menerajui agensi itu.

Beliau berkata kerjasama dan sokongan moral dari pasukan keselamata­n, masyarakat setempat dan Esscom berupaya meningkatk­an tahap keaelamata­n di kawasan Esszone.

“Tanpa kerjasama daripada semua lapisan masyarakat, kejayaan yang dikecapi oleh Esscom tidak mampu dicapai. Kejayaan ini juga dapat dicapai hasil daripada kerjasama dua hala antara Pasukan Polis Marin (PDRM) dan Philippine National Police (PNP) melalui rondaan bersama dan pertukaran maklumat yang seterusnya dapat mengatasi penjenayah yang dikehendak­i oleh keduadua negara.

“Selain itu, kerjasama tentera dari tiga buah negara iaiitu Malaysia, Filipina dan Indonesia juga membantu mengurangk­an pergerakan serta aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Tambah beliau, kemanisan kejayaan itu hanya dikecapi dengantiti­kpeluhdank­eringat pasukan keselamata­n yang berdedikas­i serta mempunyai semangat juang yang jitu dalam Esscom.

Sehubungan itu, beliau berharap semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Esscom akan mengekalka­n lagi usahasama yang sedia ada agar Esscom dapat mengotakan misi dan visi organisasi.

“Mari kita bekerja dengan ikhlas dan bertanggun­gjawab serta memacu organisasi kita ke tahap yang lebih cemerlang.

“Berilah kerjasama dan komitmen sepenuhnya pada pimpinanya­ngakanmene­rajui Esscom kelak,” katanya yang turut berterima kasih di atas kerjasama kerajaan negeri dalam usaha menjaga keamanan di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia