Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki curi pelbagai peralatan dikenakan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencuri pelbagai peralatan di sebuah kedai dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

AwangkuSai­fulFkriRAs­hid dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 18 Jun tahun ini jam 4.15 petang di kedai D.I.Y, di pusat beli-belah Imago, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan penjara maksimum sepuluh tahun atau dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada hari sama penolong penyelia kedai berkenaaan membuat laporan polis berhubung dengan kejadian kecurian.

Pengadu mengenal pasti tertuduh melalui rakaman video litar tertutup, sebagai individu yang pernah masuk ke dalam kedai terbabit dalam keadaan yang mencurigak­an.

Beliau memerhatik­an tertuduh yang memasukkan barangan ke dalam plastik dan semasa ditahan oleh para pekerja kedai berkenaan, tertuduh cuba bertindak melarikan diri.

Semasa rayuan, Awangku memohon hanya dikenakan denda dan menyatakan merupakan pesalah pertama.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki dikenakan denda sebanyak RM2,500 atau penjara setahun kerana memindahka­n harta curi.

Imran Jala dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh membantu memindahka­n sebuah mesin pengilat dan pengasah (grinder) pada 13 Mac tahun ini jam 4 petang di sebuah rumah di Kinarut.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama pengadu datang ke bengkel dan melihat pintu dalam keadaan terbuka.

Apabila masuk, beliau mendapati kotak peralatan, aksesori kereta dan beberapa mesin yang disimpan hilang disyaki dicuri.

Ketika rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai dua anak dan seorang isteri yang berada di kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia