Utusan Borneo (Sabah)

Tepati tempoh laksana projek, arahan kepada kontraktor

Arahan kepada kontraktor projek Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kontraktor projek pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan diingatkan supaya menyiapkan projek tepat pada waktunya.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata projek berkenaan kini mengalami kelewatan setahun untuk disiapkan.

Setakat ini jelasnya, kontraktor berjanji untuk menyiapkan projek itu pada November tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mahu kontraktor yang bertanggun­gjawab agar menepati tempoh waktu yang

Kelewatan ini juga menyebabka­n kerajaan dipersalah­kan sedangkan kontraktor yang bertanggun­gjawab. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

ditetapkan.

“Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab, saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana ia membabitka­n tempat tinggal golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Kelewatan ini juga menyebabka­n kerajaan dipersalah­kan sedangkan kontraktor yang bertanggun­gjawab tidak menepati tempoh pelaksanaa­n projek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan bangunan itu di sini kelmarin.

Menurutnya projek terbabit sepatutnya sudah siap tetapi mengalami kelewatan sekitar setahun.

Katanya apabila siap nanti, semua penghuni taman didikan itu akan ditempatka­n di situ dan bangunan lama akan dijadikan tempat tinggal pekerja.

Pihaknya amat berharap proses pembinaan bangunan berkenaan tidak lagi terlewat seperti yang berlaku sekarang.

 ??  ?? JAINAB (empat kiri) ketika melawat kawasan projek pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan.
JAINAB (empat kiri) ketika melawat kawasan projek pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia