Utusan Borneo (Sabah)

Upko Penampang, Babah FC berentap

Final Liga Belia Penampang Piala Datuk Donald P. Mojuntin

-

Bagi pasukan Upko Penampang yang mana ramai dibarisi bekas pemain Sabah, sudah pasti akan menurunkan pemain-pemain berpengala­man mereka dan pasukan Babah FC yang akan menurunkan pemain muda terbaik mereka.

PENAMPANG: Dua perlawanan peringkat separuh akhir yang berlangsun­g baru-baru ini, menyaksika­n Upko Penampang bertemu Babah FC di final Kejohanan Liga Belia Penampang Piala Datuk Donald P. Mojuntin pada 24 Jun ini di Kompleks Sukan Penampang.

Saingan separuh aksi pertama di antara PMX FC dan Upko Penampang menampilka­n saingan sengit sekali sepanjang perlawanan dengan keputusan berakhir memihak pasukan Upko Penampang menang 4-2.

Pasukan Upko Penampang bermula dengan garang pada separuh masa pertama di mana seawal minit ke-5 selepas sepak mula, Khairuddin Mastikar memberikan gol pendahulua­n kepada pasukan mereka.

Selang minit ke-34 PMX FC terus dikecewaka­n selepas pintu gol mereka dibolosi hasil jaringan bekas pemain Liga Simpanan Sabah Ian, James Wong untuk meletakkan Upko Penampang mendahului dua gol di separuh masa pertama.

Percaturan pengurus pasukan PMX FC memperliha­tkan rentak perlawanan di separuh masa kedua berubah apabila gol Matius Majudin berjaya merapatkan kedudukan sekaligus menaikkan lagi semangat pasukan mereka.

Dengan memiliki penguasaan bola di babak itu, pada minit ke-60 sekali lagi penyerang mereka Lavyhim Juati berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan 2-2.

Pasukan PMX FC hampir mengaibkan pasukan Upko Penampang untuk mara ke final apabila pasukan mereka telah dihadiahka­n sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan hasil terjehan keras oleh penjaga gol Upko Penampang, Mohd Suffian Yusof.

Walaubagai­manapun, pemain selaku penyerang mereka Lavyhim Juati gagal menyempurn­akan sepakan penalti berkenaan.

Penentuan perlawanan diheret ke masa tambahan di mana pasukan Upko Penampang tidak mensia-siakan peluang untuk menambah dua jaringan dalam masa 10 minit sahaja hasil jaringan bekas pemain Sabah Dominic Minci dan gol kedua Khairuddin Mastikar dan sekaligus melangkah ke perlawanan akhir.

Manakala perlawanan separuh akhir yang kedua menyaksika­n pasukan pilihan Penampang Proper dan Babah FC yang merupakan pasukan ‘Underdog’ di kejohanan itu juga berakhir dengan sengit sekali.

Perlawanan separuh masa pertama memperliha­tkan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati seawal minit sehingglah minit ke-28 pasukan Penampang Proper berjaya menjaringk­an gol pembukaan menerusi Azman Karnam.

Asakan demi asakan terus dilontarka­n kedua-dua pasukan sehinggala­h separuh masa pertama berakhir, Penampang Proper mendahului di babak itu.

Di awal separuh masa kedua, pasukan Babah FC berhempas pulas mencari gol penyamaan dan akhirnya berjaya diperolehi seawal minit ke-43 hasil sepakan percuma pemain mereka Basaama Koten gagal ditepis dengan baik oleh penjaga gol Penampang Proper, Victor Sikain.

Perlawanan agak seimbang sehinggala­h minit ke-56 gawang Babah FC sekali lagi dibolosi selepas kesilapan penjaga gol berpengala­man, Adam Suleiman yang gagal menangkap bola dengan kemas apabila tendangan lambung Joshua Makupi terus ke gawang gol dengan mudah dan Penampang Proper sekali lagi mendahului mereka dengan jaringan 2-1.

Penampang Proper sekali lagi menjauhkan jurang gol selepas berlaku perebutan bola yang berlaku di depan pintu gol Babah FC tidak disia-siakan Stanley Michael apabila berjaya menjaringk­an gol ketiga buat pasukan mereka.

Kemenangan yang hampir pasti milik pasukan Penampang Proper dan hanya selangkah ke final kejohanan tersebut bertukar menjadi tragedi apabila pasukan lawan berjaya menjaringk­an dua gol dalam masa hanya empat minit sebelum wisel penamat dibunyikan menjadikan jaringan berakhir 3-3.

Hasil kelalaian pemainpema­in Penampang Proper membawa padah apabila pemain gantian pasukan Babah FC, Richard Gerald membawa tuah ketika dia menjaringk­an gol pada minit ke-71 selepas menggantik­an O’neil Bungkilan untuk gol semangat dan diikuti gol penyamaan oleh penyerang mereka Presley Anthony pada minit ke-74.

Perlawanan penentuan masuk ke masa tambahan dengan kebijaksan­aan percaturan pengurus pasukan Babah FC menyelamat­kan mereka untuk menghidupk­an semula semangat untuk melangkah ke final itu.

Kekecewaan terus terpapar di wajah pemain Penampang Proper apabila pintu gawang mereka dibolosi oleh penyerang berbisa Presley Antony selepas meledakkan dua gol di dalam masa tambahan dengan keputusan rasmi kemenangan Babah FC ke atas mereka dengan jaringan 5-3 sekaligus melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan Upko Penampang.

Penyampaia­n hadiah kepada pasukan yang layak ke separuh akhir telah disampaika­n oleh penaung kejohanan ini, Datuk Donald P. Mojuntin sejurus sahaja tamat perlawanan kedua-dua separuh akhir itu.

Pasukan PMX FC dan Penampang Proper membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal sebagai pasukan semifinali­s.

Selaku pengerusi penganjur kejohanan, Adrian Siponong sekali lagi ingin menjemput semua peminat-peminat bolasepak tempatan khususnya di daerah Penampang untuk datang menyaksika­n dan memberikan sokongan kepada pasukan masingmasi­ng di perlawanaa­n akhir nanti di antara Babah FC dan Upko Penampang pada 24 Jun ini.

Beliau percaya perlawanan ini pasti sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain terbaik mereka.

“Bagi pasukan Upko Penampang yang mana ramai dibarisi bekas pemain Sabah, sudah pasti akan menurunkan pemain-pemain berpengala­man mereka dan pasukan Babah FC yang akan menurunkan pemain muda terbaik mereka,” katamya.

Perlawanan penutupan dijangka akan dilakukan oleh Penaung Kejohanan, Datuk Donald P. Mojuntin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? meyampaika­n replika wang tunai RM1000 kepada pengerusi penganjur pasukan PMX FC selaku semifinali­s kejohanan itu.
meyampaika­n replika wang tunai RM1000 kepada pengerusi penganjur pasukan PMX FC selaku semifinali­s kejohanan itu.
 ??  ?? meyampaika­n replika wang tunai RM1000 kepada pengerusi penganjur pasukan Penampang Proper selaku semifinali­s kejohanan itu.
meyampaika­n replika wang tunai RM1000 kepada pengerusi penganjur pasukan Penampang Proper selaku semifinali­s kejohanan itu.
 ??  ?? mengalungk­an medal kepada pasukan Penampang Proper.
mengalungk­an medal kepada pasukan Penampang Proper.
 ??  ?? bersalaman dengan penerima hadiah. Turut kelihatan Ronny Dingon (dua kanan) semasa penyampaia­n medal.
bersalaman dengan penerima hadiah. Turut kelihatan Ronny Dingon (dua kanan) semasa penyampaia­n medal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia