Utusan Borneo (Sabah)

Schippers dibatalkan dua kali sebelum akhirnya capai kemenangan

-

OSLO: Sambutan harijadi ke-25 juara dunia Dafne Schippers hampir tidak menjadi kelmarin apabila bintang pecut Belanda itu dibatalkan dua kali daripada acara 200 meter di Liga Berlian Oslo sebelum berjaya dalam rayuan pengecuali­annya.

Schippers, juara dunia 2015 dan pemenang pingat perak di Olimpik Rio pada tahun lepas, pada mulanya dibatalkan kerana permulaan yang salah.

Dia kemudian dibenarkan untuk berlari di bawah protes, dengan mencatatka­n kemenangan yang menarik dalam masa 22.30 saat sebelumdia­dibatalkan­sekali lagi selepas perlumbaan.

Atlet Ivory Coast Murielle Ahoure dinobatkan sebagai pemenang dengan masa terbaik musim 22.74 saat sebelum satu lagi perkembang­an yang tidak disangka berlaku dalam acara itu apabila kemenangan diberikan semula kepada Schippers selepas rayuan dikemukaka­n.

Schippers mendakwa dia diganggu oleh seorang penonton yang berdiri dan menghempap­tempatdudu­k mereka ke belakang.

“Keadaan begitu bising pada permulaan dan ia sukar untuk memberi tumpuan,” kata Schippers.

Pemenang tiga pingat dari Kanada di Rio, Andr De Grasse, memenangi acara 100 meter lelaki dalam masa 10.01 saat untuk menewaskan pemecut Britain Chinjidu Ujah (10.02 saat), pemenang di Rom pada minggu lepas, dan Ben Youssef Meit dari Ivory Coast (10.03 saat).

“Ia adalah masa terbaik saya bagi musim ini. Saya harap ia akan berterusan di Stockholm pada Ahad di mana saya mahu berlari di bawah 10 saat buat pertama kali sebelum kejohanan kelayakan Kanada bagi kejuaraan dunia,” kata Grasse.

Suhu sejuk memusnahka­n harapan bagi rekod dunia di stadium Bislett yang masyhur dan sudah menyaksika­n 62 rekod dunia selama ini.

Atlet Qatar, Mutaz Essa Barhim, mencatatka­n 2.38 meter dalam acara lompat tinggi, peningkata­n satu sentimeter ke atas ketinggian terbaiknya bagi tahun ini.

Ia turut mengatasi rekod stadium setinggi 2.35 meter yang dibuat pada 1989 oleh satu-satunya atlet yang melompat lebih tinggi daripadany­a, pemegang rekod dunia dari Cuba dengan lompatan setinggi 2.45 meter, Javier Sotomayor.

“Itu adalah sasaran,” kata Barshim. “Kami datang untuk 2.38. Jadi misi selesai. Pada mulanya saya rasa sedikit mengantuk, tetapi selepas ketinggian 2.33 meter, saya bangun dan menemui rentak yang betul.”

Caster Semenya dari Afrika Selatan memenangi acara 800 meter dalam catatan masa 1 minit 57.59 saat di hadapan pelari Burundi, Francine Niyonsaba (1:58.18), dan pelari Kenya, Margaret Wambui (1:59.17).

Ia merupakan kedudukan 1-2-3 yang sama dari Olimpik Rio.

Penonton tuan rumah begitu gembira apabila atlet berusia 16 tahun Jakob Ingebrigts­en sekali lagi mengatasi masa empat minit dalam acara 1,500 meter.

Ingebrigts­en menang dalam masa 3 minit 56.29 saat untuk memperbaik­i masa terbaiknya barubaru ini iaitu 3:58.07 yang membolehka­nnya untuk menjadi lelaki paling muda yang berlari di bawah masa empat minit dalam acara 1,500 meter.

Ingebrigts­en, yang akan menyambut harijadi ke-17 hanya pada 19 September, berkata dia memiliki keupayaan untuk berlari lebih pantas.

“Saya sebenarnya dapat berlari lebih pantas pada hari ini tetapi ia tidak penting kerana ia adalah satu pengalaman yang gila,” kata bintang Norway itu.

Dalam acara 400 meter lompat pagar, atlet berusia 21 tahun Karsten Warholm turut menghangat­kan peminat di Oslo dengan kemenangan dalam catatan 48.26 saat. – AFP

 ??  ?? DAFNE SCHIPPERS
DAFNE SCHIPPERS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia