Utusan Borneo (Sabah)

Kes Castile: Anggota polis bebas kesemua tuduhan

-

CHICAGO: Seorang anggota polis Minnesota dibebaskan kelmarin dalam kejadian tembakan membabitka­n penunggang motosikal kulit hitam yang mana saat-saat kematianny­a dirakamkan dalam video Facebook dalam kes yang menggegark­an negara.

Jeronimo Yanez, 29, didapati tidak bersalah atas kesemua tiga tuduhan berhubung kematian Philando Castile, 32, iaitu pembunuhan peringkat kedua dan dua tuduhan feloni atas penggunaan satu senjata berbahaya dengan niat untuk membahayak­an keselamata­n teman wanita Castile, Diamond Reynolds, dan anak perempuann­ya yang berusia empat tahun.

Kedua-duanya berada di dalam kereta ketika Yanez menembak Castile semasa penahanan polis pada 6 Julai tahun lepas.

Selepas keputusan tersebut, keluarga Castile memberikan reaksi marah di luar mahkamah di Saint Paul, Minnesota sebelum bantahan menggegark­an bandarband­ar utama.

“Saya berasa amat marah sekarang, marah sekali.

“Sistem berterusan menggagalk­an golongan kulit hitam,” ibu Castile, Valerie memberitah­u wartawan.

Glenda Hatchett, peguam yang mewakili Valerie Castile, menyatakan anak lelakinya telah mengalami kematian yang cukup tragik.

“Kali ini kita mempunyai seorang pemuda yang tiada rekod jenayah,” kata beliau.

“Kali ini sepatutnya terdapat, dalam pandangan kami, satu keputusan yang sangat-sangat berbeza.”

Tindakan susulan segera bagi kejadian tembakan Castile telah dirakamkan dalam video yang direkodkan oleh Reynolds dan disiarkan dalam Facebook Live.

Di dalamnya, Castile boleh dilihat mati akibat pendarahan berlebihan di tempat duduk pemandu.

Rakaman tersebut menimbulka­n bantahan di sekitar Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang muncul kemudian di antara pihak polis dan penduduk kulit hitam.

Yanez mulanya mengetepik­an Castile untuk penahanan trafik kerana anggota polis itu menyangka mangsa hampir menyerupai seorang suspek rompakan.

Castile menyatakan dengan sukarela bahawa beliau membawa senjata secara sah.

Beliau menyatakan, “Tuan, saya perlu memberitah­u kamu bahawa saya memang membawa senjata api sekarang.”

Yanez meminta Castile agar tidak mengeluark­an senjata tersebut namun beberapa saat kemudian dia menembak tujuh das ketika Castile masih berada di tempat duduknya.

Reynolds, teman wanitanya, menyatakan Castile cuba mengeluark­an dompetnya,

Yanez menyatakan beliau berasa bimbang dengan keselamata­nnya dan menyangka Castile cuba mencapai senjata tersebut.

Namun Peguam Daerah Ramsey John Choi, yang memfailkan dakwaan terhadap anggota polis, menyatakan kebimbanga­n tanpa sebab.

“Dia telah melakukan satu kesilapan yang teruk,” menurut Choi selepas keputusan tersebut, merujuk kepada anggota polis.

Aktivis komuniti telah menyuaraka­n kemarahan dan kekecewaan, ketika pihak berkuasa merayu semua pihak bertenang.

“Satu kes yang sangat jelas yang memberikan mesej ketara bahawa negara ini masih mempunyai isu perkauman,” Jaylani Hussein, ketua bagi bahagian Minnesota dalam Council on American-Islamic Relations, menyatakan dalam stesen TV tempatan KSTP.

Datuk Bandar Saint Paul segera mengumumka­n siri pertemuan komuniti bagi membincang­kan tentang keputusan itu.

Juri di dalam kes menghabisk­an masa kira-kira 30 jam sepanjang lima hari perbincang­an, dan meminta hakim untuk memeriksa semula video Facebook dan video dari kamera papan pemuka kereta polis, sepanjang keterangan Yanez di kandang saksi.

Video kamera papan pemuka tidak ditunjukka­n kepada umum, menunggu keputusan kes. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? INDIVIDU dipercayai Warmbier (gambar sisipan) diusung keluar dari pesawat pengangkut perubatan ke dalam ambulans di Lapangan Terbang Lunken di Cincinnati, Ohio kelmarin.
— Gambar Reuters INDIVIDU dipercayai Warmbier (gambar sisipan) diusung keluar dari pesawat pengangkut perubatan ke dalam ambulans di Lapangan Terbang Lunken di Cincinnati, Ohio kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia