Utusan Borneo (Sabah)

Sucikan Hati, Salam Aidilfitri

Daripada RTM tampil 67 program eksklusif

-

INGGAL seminggu lagi Ramadan akan berlalu manakala Syawal bakal menjelma.

Setahun sekali pada sambutan Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengangkat nilai sebenar di sebalik makna sambutan Hari Raya itu sendiri menerusi tayangan program-program terbaik yang dipilih tontonan utama seisi keluarga mahupun para tetamu yang datang beraya.

RTM menyediaka­n keseluruha­nnya 67 program eksklusif Aidilfitri yang merangkumi genre telefilem & filem, majalah & dokumentar­i, hiburan, juga bual bicara. TV1 menayangka­n 45 program manakala TV2, dan TVi masing-masing menjanjika­n 15 dan 7 program terbaik.

Pengisian program raya RTM tahun ini bertemakan Sucikan Hati, Salam Aidilfitir­i.

Nantikan tayangan program istimewa Aidilfitri di TV1, ‘Gema Takbir 2017’ disiarkan secara langsung malam raya, jam 9.00 malam bersama Ustaz Mohd Zafiri Mohd Daud mengupas tajuk permulaan, pertengaha­n dan penghujung Syawal.

Untuk hiburan seisi keluarga pula beberapa telemovie, drama dan telefilem menarik telah disediakan. Slot Senyum Syawal, hari raya pertama dan kedua, pukul 10.00 pagi menyiarkan telemovie ‘Dengan Beetle Kami Beraya Lagi’ dan ‘Serondeng Daging Abang Sado’.

Sementara itu dalam slot Panggung Raya pula, disiarkan telemovie ‘Hidup Susah Mati Pun Susah’, ‘Petunjuk’, ‘Bukan Raya Terakhir’ juga filem ‘Rock Oo’, ‘Lagenda Budak Setan 2’ dan ‘Misi Cantas Cinta’ lakonan Maya Karin, Bront Palare, Remy Ishak dan Izara Aishah. Bagi peminat drama bersiri ‘Pergilah Air Mata’, jangan lupa ikuti empat episod khas raya mengisi slot Widuri mulai 27 Jun ini, jam 7.00 malam.

Program ‘Ketuk Ketuk Syawal’ dan ‘Teh Tarik Che Ta Raya’ bersiaran hari raya pertama dan kedua, jam 12.00 tengah hari.

Selain itu penonton akan berhibur dengan program ‘Temasya Aidilfitri’, hari raya pertama, jam 8.30 malam, muzikal komedi dengan menampilka­n artis Ifa Raziah, Alyah, Razak Ahmad, Khai Bahar, Elvina, Ruhainies, dan Alif Hadi. Selain itu program khas terbitan RTM mengisi Syawal ini antaranya ‘Tumit Tinggi Raya’, ‘Sentuhan Kasih Syawal’, ‘Do-It Khas Raya…Jom Hijau’, ‘Jurnal BES Aidilfitri 2017’ dan ‘Panorama Khas Raya’.

TV2 pula tampil dengan pilihan program bermula telemovie disiarkan malam raya, jam 10.00 malam bertajuk ‘Sana Aidil Sini Fitri’ lakonan Haleeda, Ozlyn, Rashid Jaafar, Anne Abdullah dan Taufik Hanafi.

Hari raya pertama turut disiarkan ‘Baju Raya Tak Berwarna’, jam 2.00 petang dan ‘Rendang Punya Pasal’, pukul 9.00 malam. Keriuhan dua pengacara Ieda Moin dan Noorkhiria­h diteruskan dalam ‘Kecoh Dapur Raya’, hari raya pertama, jam 4.00 petang.

Istimewa hari raya kedua dimeriahka­n dengan ‘Konsert Hati Emas Kembara 2014’, jam 2.00 petang, persembaha­n mantap kumpulan Kembara yang mengembali­kan nostalgia kepada peminat setianya, dan satu lagi program muzikal ‘#Instaraya Alif Satar & Siti Nordiana’, akan disiarkan jam 10.00 malam.

Menariknya lagi, TVi turut memberikan pilihan kepada penonton menyaksika­n persiapan dan persediaan hari raya dalam program mendekoras­i kediaman peminat terpilih oleh pereka dalaman terkenal, Faizal Zain dalam ‘Nuansa Raya’, mulai 20 hingga 25 Jun ini, jam 12.00 tengahari.

Bersama hos Mira Filzah dalam ‘Raikan Raya’, mulai 19 hingga 24 Jun ini, jam 11.00 pagi pula berkongsi persiapan menyambut raya bersama artis antaranya Saharul Ridzwan dan Ayda Jebat.

Turut disiarkan ‘Biscotti : Istimewa Raya’, hari raya pertama, jam 9.00 pagi, berkongsi resepi istimewa lebaran oleh Chef Zam memeriahka­n Aidilfitri ini.

Bagi menyemarak­kan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama RTM tahun ini, saluran radio menerusi NasionalFM, Radio Klasik, KLfm, TRAXXfm, MINNALfm, ASYIKfm, dan radio negeri seluruh negara juga tidak ketinggala­n mengudarak­an program-program menarik khusus buat pendengar setia sepanjang musim perayaan ini.

NASIONALfm mengajak pendengar mengikuti dua program; drama khas Raya ‘Nota Seorang Anak’, hari raya kedua, jam 3.15 petang, lakonan Norkhiriah, Khir Rahman, Ahmad Tarmimi Siregar, Beto Khusairy dan Wan Maimunah, kisah kekeluar-gaan ratapan anak yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.

Diikuti showcase ‘Xpresi Raya AKPK & Radio RTM 2017’, hari raya ketiga dan keempat, jam 9.15 malam menampilka­n artis antaranya Mark Adam, dan Farawahida.

Dua program khas disediakan Radio Klasik iaitu ‘Ketupat Rendang’, jam 9.15 pagi, 28 Jun, 30 Jun dan 3 Julai 2017, penyampai dan pendengar Radio Klasik menyanyika­n lagu raya popular yang menggamit kenangan. Diikuti ‘Sendaloka Aidilfitri’, 28 Jun ini, jam 11.15 pagi, program berbalas pantun artis dan penyampai Radio Klasik.

Sambutan Aidilfitri dikongsi dengan rasa muhibah dan meriah stesen berbahasa Inggeris TRAXXfm yang menghiburk­an pendengar dengan ‘TRAXX Express Contest’, 12 hingga 16 Jun ini, jam 9.15 pagi dan ‘Sound Journey : Raya Edition’, 25 Jun ini, 12.00 tengah malam.

Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm menyiarkan program ‘Drama Khas Raya’, hari raya pertama, jam 7.30 pagi. Manakala ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediaka­n program ‘Bintang Khas Asyik’, 1 Julai ini, jam 6.00 petang.

Selain itu, radioradio negeri juga turut menyediaka­n programpro­gram khas masingmasi­ng se-panjang Syawal ini.

RTM menyediaka­n keseluruha­nnya 67 program eksklusif Aidilfitri yang merangkumi genre telefilem & filem, majalah & dokumentar­i, hiburan, juga bual bicara. TV1 menayangka­n 45 program manakala TV2, dan TVi masing-masing menjanjika­n 15 dan 7 program terbaik. Pengisian program raya RTM tahun ini bertemakan Sucikan Hati, Salam Aidilfitir­i.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGACARA Ieda Moin (kanan) dan Noorkhiria­h diteruskan dalam ‘Kecoh Dapur Raya’, hari raya pertama, jam 4.00 petang.
PENGACARA Ieda Moin (kanan) dan Noorkhiria­h diteruskan dalam ‘Kecoh Dapur Raya’, hari raya pertama, jam 4.00 petang.
 ??  ?? PROGRAM ‘Teh Tarik Che Ta Raya’ bersiaran hari raya kedua, jam 12 tengah hari.
PROGRAM ‘Teh Tarik Che Ta Raya’ bersiaran hari raya kedua, jam 12 tengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia