Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno Batu Sapi perkemas jentera parti

-

SANDAKAN: Semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Puteri Umno Batu Sapi di kawasan DUN Sekong digesa memperkema­skan jentera pilihan raya masingmasi­ng bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berkata langkah itu amat penting bagi memastikan jentera mereka terus digerakkan secara teratur sebaik sahaja pembubaran parlimen.

“Persediaan awal itu penting supaya semua markas, bilik gerakan dan daerah mengundi di kawasan ini dapat diselarask­an menjelang pilihan raya umum berkenaan.

Melalui Jelajah Ramadan ini pergerakan berkenaan dapat memperkema­skan Pusat Daerah Mengundi (PDM) selain mendekati wanita muda yang memerlukan batun di setiap PDM yang dilawati sempena bulan Ramadan dalam DUN Sekong tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa Program Jelajah Ramadan Kembara Secebis Hati Bersama golongan mualaf, asnaf dan warga emas dalam kawasan Batu Sapi di enam buah kampung yang terpilih dalam Parlimen Batu Sapi di DUN Sekong.

Antara kampungkam­pung yang dijelajah ialah Kampung (Kg) Bukit Nenas, Kg. Tabah Baru, Kg. Cenderamat­a, Kg. Bakau, Kg. Sundang Laut dan Kg. Sundang Dara, Sandakan.

Jelas beliau Puteri Umno Batu Sapi sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Jentera Puteri Umno Batu Sapi pada masa ini hanya menunggu semboyan sahaja untuk bergerak secara rasmi dengan penuh disiplin dan teratur.

“Persiapan rapi sedang dijalankan bagi memastikan operasi parti dapat berjalan lancar pada masa berkempen nanti, sekali gus meningkatk­an semangat ahli untuk memastikan BN mencatat kemenangan besar,” ujarnya.

Menurut beliau, kekuatan dan kemenangan BN bergantung penuh kepada kesepaduan jentera parti dan semua PDM yang mantap serta sentiasa mendekati rakyat akar umbi.

Sehubungan itu pihaknya meminta semua ahli Puteri Umno Batu Sapi di kawasan itu bersiap sedia dan mengemas kini senarai serta mengesan pengundi bagi menghadapi PRU14.

Jelas Hazulizah, pergerakan itu juga menggunaka­n media sosial untuk menarik golongan itu supaya memilih Umno dan BN.

Katanya Puteri Umno Batu Sapi juga memperheba­tkan lagi program santai yang melibatkan rakyat secara terus dan tidak terikat dengan protokol, dan digerakkan secara berterusan hinggalah PRU-14 berlangsun­g.

 ??  ?? PUTERI Umno Batu Sapi bergambar kenangan bersama penerima golongan mualaf, asnaf dan warga emas.
PUTERI Umno Batu Sapi bergambar kenangan bersama penerima golongan mualaf, asnaf dan warga emas.
 ??  ?? HAZULIZAH (depan sekali) membawa sumbangan barangan dapur untuk Program Jelajah Ramadan Kembara Secebis Hati Bersama mualaf dan asnaf kawasan Batu Sapi.
HAZULIZAH (depan sekali) membawa sumbangan barangan dapur untuk Program Jelajah Ramadan Kembara Secebis Hati Bersama mualaf dan asnaf kawasan Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia