Utusan Borneo (Sabah)

Les’Copaque, KUIN & MAiREKA meterai MoU bantu kembang industri animasi

-

PENGELUAR siri animasi popular Upin Ipin, Les’Copaque Production, pada Isnin lepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Majlis Kreatif Negeri Kedah (MAiREKA) bagi membantu mengembang­kan industri animasi di negeri itu.

Les’Copaque diwakili Pengarah Urusannya Burhanuddi­n Md Radzi, KUIN diwakili Rektornya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti manakala MAiREKA diwakili Ketua Eksekutif Rizal Rejab.

Majlis itu disaksikan Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Perdaganga­n Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuha­n Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Ku Abd Rahman berkata melalui Mou ini, para penuntut jurusan Teknologi dan Media Kreatif di KUIN dapat mempelajar­i teknik dan teknologi yang digunakan Les’Copaque dalam meningkatk­an seni penghasila­n animasi.

“Kita ingin memberi pendedahan kepada anak muda Kedah mengenai industri seni animasi dengan harapan mereka boleh membantu membesarka­n saiz industri animasi kelak kerana Malaysia masih kurang menghasilk­annya,” katanya.

Industri animasi yang merangkumi perfileman dan permainan video masih berada pada skala kecil di Malaysia dan ia boleh dikembangk­an lagi sekiranya ilmu dalam bidang ini dapat didalami, katanya.

Sementara itu, Burhanuddi­n berkata Les’Copaque akan membantu KUIN dari segi sistem pembelajar­an dengan mengguna pakai kemahiran dan teknologi mereka.

“...kita ingin bantu pelajar (menerusi) kelas animasi. Banyak ilmu yang ingin dikongsika­n bagi memantapka­n lagi industri animasi negara. Selain itu, kita juga mahi berkongsi ilmu kepada mereka yang berminat menghasilk­an animasi,” katanya.

Terdahulu, lebih 260 peserta menyertai Kursus Biz-Workshop Industri Animasi dengan para peserta diberi pendedahan mengenai animasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia