Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan sambil belajar gabungan Tabika Kemas Silam Zon 1 ke kilang See Hua Marketing

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 165 murid termasuk guru pengiring dari lima Tabika Kemas menyertai lawatan sambil belajar Gabungan Tabika Kemas Silam Zon 1 ke kilang pencetak Syarikat See Hua Marketing Sdn Bhd yang merupakan salah satu anak syarikat kepada KTS Group di Jalan Bakawali, Dam Road, di sini, malam Selasa.

Cikgu Nordin Bahtiar ketika ditemui Utusan Borneo berkata beliau merasa berbesar hati dan bersyukur kerana ketibaan rombongan disambut mesra oleh Pengurus Bahagian Pantai Timur David Lau dan seluruh warga kerjanya.

Mendahului lawatan itu, katanya, kesemua murid termasuk guru serta ibu bapa terlebih dahulu telah diberikan taklimat mengenai aspek keselamata­n yang harus dipatuhi sepanjang berada di kilang berkenaan, bagi mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini khususnya kepada anakanak yang menyertai lawatan itu.

“Ini adalah program yang julungkali kita adakan di manaiameli­batkangabu­ngan sebanyak lima tabika terdiri daripada Tabika Kemas Sabah Baru, Tabika Kemas Kampung Burung gabungan bersama Kampung Unta, Tabika Kemas Buang Sayang, Tabika Kemas Bumiputera dan Tabika Kemas Wawasan 2.

“Lawatan adakan pada malam ini jelas menampakka­n keceriaan pada wajah setiap kanakkanak yang mengambil bahagian,” katanya.

Menurutnya antara tujuan lawatan adalah sebagai menimba ilmu serta mempelajar­i bagaimana surat khabar dihasilkan sebelum ia mula dipasarkan dan menjadi santapan kepada para pembaca.

“Ini merupakan satu pengalaman yang berharga untuk diketahui dan dipelajari bukan sahaja kepada murid-murid tabika malah guru dan juga ibu bapa yang hadir turut teruja apabila proses pencetakan dilakukan bermula daripada satu gulung kertas yang begitu besar sehinggala­h penghasila­n surat khabar itu,” katanya.

Mengakhiri lawatan itu, Nordinmeng­ucapkanrib­uan terima kasih kepada David dan seluruh kakitangan kilang See Hua Marketing di atas layanan dan sambutan mesra.

 ??  ?? DAVID (tengah) merakamkan album kenangan bersama rombongan pelawat.
DAVID (tengah) merakamkan album kenangan bersama rombongan pelawat.
 ??  ?? (gambar bawah) MURID-murid, guru serta ibu bapa diberi penerangan mengenai proses pencetakan surat khabar.
(gambar bawah) MURID-murid, guru serta ibu bapa diberi penerangan mengenai proses pencetakan surat khabar.
 ??  ?? (gambar atas) NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada David.
(gambar atas) NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada David.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia