Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Kekaumas letak jawatan

-

KOTA KINABALU: Satu majlis penyerahan tugas presiden Kekaumas kepada timbalan presiden Kekaumas telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaysia Sabah Jumaat lepas.

Penyerahan tugas presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS kepada timbalan presidenny­a dilakukan berikutan peletakan jawatan penyandang­nya Amat Jutrah Hj Musnih pada awal bulan April tahun ini.

Tugas-tugas pengurusan kesatuan telah diserahkan kepada Timbalan Presiden Abdul Jalil Sapli sehingga ke mesyuarat agung akan datang.

Ketika ditemui, Amat Jutrah berkata peletakan jawatan beliau sebagai presiden Kakitangan Am UMS (Kekaumas) dibuat kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinka­n lagi mengemudi perjalanan kesatuan.

Katanya tempoh beliau memegang presiden selama 19 tahun sudah cukup memberikan panduan kepada semua pelapis yang bakal memimpin kesatuan berkenaan.

Beliau yakin pemangku presiden yang dipimpin oleh Abdul Jalil sangat berkeboleh­an membawa kesatuan berkenaan ke arah yang lebih maju dan terbaik kerana pengalaman yang beliau miliki sudah digilap dengan tunjuk ajar mantan presiden yang lalu.

“Saya berharap semua barisan exco dan semua ahli akan bekerjasam­a kepada pemangku presiden dalam apa juga yang diperjuang­kan bagi membela kebajikan ahli,” katanya.

Dengan peletakan beliau sebagai presiden kesatuan di UMS bermakna secara automatik beliau juga meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden Gakum II di Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia.

Amat Jutrah berkata selama beliau berada bersama barisan kepimpinan Gakum di IPTA Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada barisan presiden di IPTA kerana telah memberikan kepercayaa­n yang padu untuk menerajui dan memimpin gabungan berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih khusus kepada YM Ku Azmi Ku ibrahim selaku presiden Gakum yang juga presiden Keska UUM, yang banyak memberikan dorongan semangat perjuangan ketika saya memimpin Gakum dan tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Hj Omar Hj Osman mantan presiden Cuepacs yang membawa saya ke Gakum dan memberikan suntikan semangat juang yang tidak mengenal penat lelah dalam kesatuan,” katanya.

Kepada pihak pengurusan tertinggi UMS, beliau mengucapka­n terima kasih terutamany­a kepada Naib Canselor pertama Tan Sri Prof Dr Abu Hassan Othman, Naib Canselor kedua Datuk Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor ketiga Datuk Dr Kamaruzama­n Ampun dan Naib Canselor keempat Datuk Dr Harun Abdullah, mantan Pendaftar UMS Hj Hela Ladin Mohd Dahlan, pendaftar kedua UMS Datuk Abdullah Hj Mohd Said dan pendaftar sekarang No’man Hj Ahmad.

Amat Jutrah berkata jasa dan kerjasama kesemua mereka amat tidak ternilai dalam memperjuan­gkan kesatuan di universiti.

“Saya amat senang hati apabila ada sesuatu perbincang­andenganme­reka,” katanya.

 ??  ?? AMAT Jutrah (empat dari kanan) menyerahka­n dokumen kepada Abdul Jalil (lima dari kanan) diperhatik­an oleh semua AJK kesatuan.
AMAT Jutrah (empat dari kanan) menyerahka­n dokumen kepada Abdul Jalil (lima dari kanan) diperhatik­an oleh semua AJK kesatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia