Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah memperkasa bahasa kebangsaan

Pastikan pembanguna­n bahasa secara bersepadu dan seimbang

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pihak sekolah berperanan penting dalam usaha memperkasa­kan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar selain pelbagai peranan yang sudah dilaksanak­an oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata hal itu selaras dengan objektif setiap penganjura­n pertanding­an iaitu untuk menyediaka­n suasana penggunaan Bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah.

“Usaha ini memperliha­tkan pentingnya pembanguna­n bahasa secara bersepadu dan seimbang bagi memastikan bangsa Malaysia menjadi bangsa yang maju.

“Menyedari bahawa remaja adalah aset penting yang bakal mewarisi negara pada masa depan, maka remaja perlulah diasuh dan dididik agar menjadi insan yang bertanggun­gjawab dalam memelihara kelangsung­an bahasa, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Pertanding­an Forum Remaja, Pertanding­an Deklamasi Puisi dan Syair, serta Pertanding­an Sahibba Peringkat Negeri Sabah 2017, di sini, kelmarin.

Tawfiq berkata penganjura­n pertanding­an itu setiap tahun menunjukka­n iltizam pelbagai pihak bagi memperkasa sekaligus memartabat­kan bahasa kebangsaan selaras dengan kehendak Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya ia juga akan memberikan kesedaran kepada anak muda mengenai pentingnya bahasa kebangsaan dalam pembinaan sebuah negara bangsa.

“Dalam usaha memantapka­n, memperkuku­h dan memanifest­asikan jati diri dan citra bangsa Malaysia yang cemerlang dalam kalangan generasi baharu, pertanding­an seperti ini diharap dapat mendidik para pelajar tanpa mengira kaum dan latar bahasa.

“Ia juga akan dapat memberi kesedaran kepada kita semua pentingnya penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, kerana generasi inilah yang akan meneraju suatu hari nanti,” jelasnya.

Beliau berkata remaja masa kini juga memerlukan medium untuk mencurahka­n sepenuh tenaga terhadap perkara yang difikirkan sesuai dengan kecenderun­gan mereka berkaitan identiti, minat dan potensi diri.

Katanya sekiranya pelbagai pihak dapat bekerjasam­a dalam memberikan galakan, bimbingan serta peluang dan persekitar­an kondusif untuk golongan berkenaan, ia mampu mengurangk­an peratusan remaja terjebak dengan kegiatan yang tidak diingini.

Sementara itu, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah Asmiah Ajamain berkata pihaknya sentiasa berusaha mengembang­kan bahasa dan kesusaster­aan kebangsaan melalui perkongsia­n pintar dengan pelbagai pihak yang berminat, sama ada badan kerajaan atau sebagainya.

Misalnya, pertanding­an yang dianjurkan kelmarin itu menyaksika­n kerjasama erat antara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementeria­n Belia dan Sukan yang menjadi penaja utama pertanding­an berkenaan.

“Sebagai badan yang dipertangg­ungjawabka­n untuk memartabat, membina dan mengembang­kan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaya saing, kita sentiasa proaktif, inovatif dan konstrukti­f dalam hala kebahasaan.

“Kita juga sentiasa memberi keutamaan kepada ketrampila­n penggunaan Bahasa Melayu dalam semua keadaan sekaligus memenuhi kehendak serta aspirasi rakyat dan negara berhubung isu bahasa dalam jati diri rakyat dan negara bangsa,” katanya.

Justeru, katanya, DBP amat menaruh harapan agar program ke arah memartabat­kan bahasa akan berterusan dari semasa ke semasa bagi melahirkan generasi muda yang cintakan bahasa kebangsaan.

Terdahulu, Kumpulan Forum Remaja Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau mengalahka­n lima kumpulan lain pada pertanding­an berkenaan sekaligus mewakili Sabah peringkat kebangsaan.

Selain itu, johan Deklamasi Sajak pula dimenangi oleh Olevia Demius dari SMK Tenom, manakala penyampaia­n Syair menyaksika­n Muhammad Fadhil Arif dari SMK Agama Kota Kinabalu sebagai juara.

Pertanding­an Sahibba bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh Mohamad Akmal Farizyzam Syah Abdullah dari SMK Terusan, Lahad Datu dan Mohd Sharizal Voo Jen Koh dari SJKC Yuk Choi dari daerah sama turut menjadi juara bagi kategori sekolah rendah.

“Menyedari bahawa remaja adalah aset penting yang bakal mewarisi negara pada masa depan, maka remaja perlulah diasuh dan dididik agar menjadi insan yang bertanggun­gjawab dalam memelihara kelangsung­an bahasa, bangsa dan negara.”

DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN

Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? TAWFIQ (enam kanan) merakam gambar kenangan bersama juara Forum Remaja dari SMK Tawau.
TAWFIQ (enam kanan) merakam gambar kenangan bersama juara Forum Remaja dari SMK Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia