Utusan Borneo (Sabah)

Pitsa anjur majlis makan malam amal Hari Ibu

-

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Tunggal Sabah (Pitsa) bakal menganjurk­an Majlis Makan Malam Amal pada 14 Mei ini bersempena Hari Ibu 2017.

Presidenny­a Norhanida Haji Annol berkata penganjura­n majlis itu bertujuan mengumpul dana tabung persatuan berkenaan.

“Setelah ditubuhkan lima tahun lepas, ini merupakan kali pertama kita menganjurk­an program seumpama ini yang bertujuan mengumpul dana tabung Pitsa.

“Dana tabung akan digunakan untuk menjalanka­n aktiviti-aktiviti persatuan oleh ahli-ahli kami,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, kelmarin.

Norhanida berakta Pitsa turut menjemput Toh Puan ke majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat.

Majlis berkenaan bakal dimeriahka­n dengan persembaha­n daripada Qhalysa Mentor Milenia 2017, Sakinah vs Ondu, Sammie Ariffin, persembaha­n tarian kanak-kanak sekolah dan cabutan bertuah.

“Kita menyeru semua pihak untuk memberi sokongan dan menjayakan majlis makan malam amal ini dengan membeli meja-meja yang berharga RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 dalam usaha memberi kesempatan kepada ibu-ibu tunggal yang tidak berpeluang menghadiri majlis seperti ini sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, sehingga kini, Pitsa mempunyai hampir 10 ribu ahli berdaftar di seluruh Sabah dan ibu tunggal termuda berdaftar berusia 20 tahun.

 ??  ?? NORHANIDA (tujuh dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norlidah (enam dari kiri).
NORHANIDA (tujuh dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norlidah (enam dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia