Utusan Borneo (Sabah)

16 jelitawan bakal berentap merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

SERAMAI 16 jelitawan bakal berentap bagi merebut gelaran Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Ranau di Dewan Masyarakat Ranau pada 13 Mei ini bermula jam 7.30 pagi.

Pengerusi jawatankua­sa kecil pertanding­an Unduk Ngadau Ranau Florencia Padasian memberitah­u mereka yang terpilih adalah mewakili beberapa mukim dan kampung di Ranau.

“Jawatankua­sa pemilihan telah menerima 16 penyertaan daripada para jelitawan yang akan bersaing pada pertanding­an akhir nanti,” katanya.

Mereka ialah Betrice Jalius, 19, (Kg Kibbas), Clarince Dumpong, 20, (Kg Manikulau), Arin Puang, 18, (Kg Kundasang), Adyllina Paladi, 24, (Kg Mininsalu), Mercy Clare Simon, 18, (Kg Bundu Tuhan), Sheyron Eduin, 24, (Kg Sinarut), Herra Clara Ross, 18, (Kg Bundu Tuhan), Elvyrona Patrick, 18, (Kg Kinasaraba­n), Olevia Jatri, 20, (Kg Waang) dan Jovidinie Madin, 19, (Kg Kituntul Lama).

Peserta lain ialah Francisca Mujini, 18, (Kg Marakau), Marlynn Ku, 18, (Kg Lingkudau), Erlastini Ernie Bidi, 23, (Kg Matan), Caren Vong, 25, (Kg Tampios), Angelia Odrie Leong, 22, (Kg Sinarut) dan Jane Fronline, 21, (Kg Beduyon).

Menurut Florencia pertanding­an Unduk Ngadau merupakan antara pengisian sambutan Pesta Kaamatan Daerah Ranau bagi memilih wakil daerah ke pertanding­an Unduk Ngadau peringkat negeri di KDCA Penampang pada penghujung Mei ini.

“Pesta Kaamatan bertemakan ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ peringkat daerah pada 13 Mei dijangka dirasmikan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada program Kolaborasi Bersama Pejabat Daerah, JKDB, Kelab Free Market dan peserta Unduk Ngadau di Tapak Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau, baru-baru ini, yang turut dihadiri Unduk Ngadau Ranau 2016 Ceviley Ryica Harry, 20, dari Kg Kemburongo­h.

Florencia turut memaklumka­n Majlis Sodop Huminodun melibatkan semua peserta akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Ranau pada malam ini (5 Mei) bermula jam 7 malam, yang akan dirasmikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam.

“Kita mempelawa orang ramai untuk hadir sambil menderma menerusi jualan tiket masuk berharga RM20 seorang,” katanya.

Katanya beberapa acara lain akan diadakan termasuk pameran dan jualan hasil pertanian, kraftangan tempatan, Magavau, persembaha­n kebudayaan dan banyak lagi.

 ??  ?? PESERTA Unduk Ngadau (berdiri) bersama jawatankua­sa pelaksana merakam gambar kenangan selepas aktiviti Free Market.
PESERTA Unduk Ngadau (berdiri) bersama jawatankua­sa pelaksana merakam gambar kenangan selepas aktiviti Free Market.
 ??  ?? PESERTA Unduk Ngadau Ranau 2017 bergambar kenangan bersama Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Ranau.
PESERTA Unduk Ngadau Ranau 2017 bergambar kenangan bersama Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia