Utusan Borneo (Sabah)

93 pelajar, 17 guru SMK Datuk Panglima Abdullah terima pelbagai anugerah

93 pelajar, 17 guru SMK Datuk Panglima Abdullah terima pelbagai anugerah

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Anugerah Cemerlang (MAC) 2016 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah (SDPA) Semporna berlangsun­g meriah dan gilang-gemilang di Dewan Seri Panglima Abdullah SDPA, baru-baru ini, dengan tema ‘Disiplin Motivasi Kecemerlan­gan’.

Acara tahunan itu dilaksanak­an untuk memberi penghargaa­n dan mengiktira­f pencapaian cemerlang guru-guru dan para pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah serta kepimpinan sepanjang tahun 2016.

MAC kali ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya dirasmikan oleh Ketua Sektor (KS), Sektor Pengurusan Akademik (SPA) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan.

Sejurus tiba, Abidin diberi penghormat­an memeriksa perbarisan kawalan kehormat pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (KBPM) di pekarangan Dewan Seri Panglima SDPA.

Berucap pada majlis itu, beliau menegaskan bahawa anak-anak merupakan aset yang paling berharga dan perlu diberikan pendidikan yang sewajarnya.

Beliau juga memetik perbualann­ya bersama Cikgu Asibih Haji Baginda tentang kepentinga­n ilmu berbanding harta.

“Oleh itu, para ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka memperoleh­i pendidikan yang terbaik,” katanya yang juga mantan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Papar.

Katanya dalam usaha melahirkan modal insan seimbang dan cemerlang, guru-guru SDPA perlu terus berusaha gigih membantu pihak pengurusan sekolah untuk mencapai kecemerlan­gan berterusan pada masa akan datang.

Selain itu, Ketua Sektor SPA JPNS yang turut menjadi ‘sektor angkat’ kepada PPD Semporna menyifatka­n daerah Semporna memiliki kelebihan tersendiri khasnya dalam bidang pelanconga­n yang memerlukan pekerja yang berilmu dan berkemahir­an.

Hal ini, katanya, industri pelanconga­n di Sabah khasnya di daerah Semporna amat berpotensi untuk membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar pada masa hadapan.

Sempena majlis itu, beliau turut menyempurn­akan pelancaran Eksa (Eko sistem Kondusif Sektor Awam) bagi SMK Datuk Panglima Abdullah sebagai perluasan pelaksanaa­n program Eksa JPNS ke sekolah-sekolah di negeri ini.

Eksa yang dijenamaka­n semula berdasarka­n konsep 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal) merupakan amalan dan budaya kerja yang berasal dari negara Jepun.

Pelaksanaa­nnya amat baik dan berkesan ke arah mewujudkan persekitar­an budaya kerja yang kemas, bersih, tersusun, mudah diakses, kondusif dan produktif serta lebih berimej korporat melalui pewujudan kumpulan-kumpulan zon Eksa di sesebuah organisasi.

Turut hadir pada majlis itu ialah PPD Semporna Dzulkifli Ali Basha, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran Ustaz Mohd Yahya Mohd Juda, Pengetua SMK Kabogan Bustang Bacho dan Rozita Anjuh (SMK Bugaya) serta para ibu bapa pelajar.

Pada kali ini, panel pemilihan anugerah kurikulum yang diketuai oleh Hajah Halimah Haji Abdul Hamid telah memilih seramai 93 rang penerima dalam kalangan pelajar dan 17 penerima dalam kalangan guru.

Anugerah kurikulum diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n akhir tahun (peperiksaa­n dalaman Tingkatan 1, 2 dan 4), pelajar PT3 (pencapaian 5A hingga 11A), SPM (5A6A) dan STPM (CGPA 3.0 ke atas).

Manakala 12 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga enam turut menerima anugerah sahsiah dan kepimpinan.

Panel pemilihan bagi anugerah sahsiah dan kepimpinan diketuai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Unit HEM memaklumka­n bahawa semua penerima anugerah sahsiah dan kepimpinan telah menunjukka­n tahap disiplin terbaik di samping berjaya menggalas tugas sebagai pengawas sekolah.

Anugerah kokurikulu­m pula diberikan kepada 22 pelajar dan 12 guru yang mencapai pelbagai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sepanjang tahun lalu (2016).

Sementara itu, Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah Abdul Aziz Abdul Rashid dalam ucapan aluanaluan­nya turut menekankan tentang kepentinga­n ilmu dan kemahiran dalam usaha mempersiap­kan diri menghadapi pelbagai cabaran globalisas­i pada masa akan datang.

Katanyases­uatu ilmu itu hanya akan lebih bermakna jika ia diamalkan atau diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian.

Hal ini, katanya, telah berjaya diterapkan dalam ‘SDPA Food Fiesta’ yang berlangsun­g pada 21 hingga 23 April 2017 di SDPA yang mana para pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi, Perdaganga­n, Prinsip Perakunan dan Kemahiran Hidup berpeluang mengaplika­sikan ilmu dan kemahiran berkenaan dalam aktiviti berniaga sepanjang SDPA Food Fiesta berlangsun­g.

Dalam perkembang­an berkaitan, Majlis Anugerah Cemerlang pada kali ini turut mengiktira­f pencapaian cemerlang Cikgu Hadizah Sahabi yang berjaya mengajar pelajar Prinsip Perakunan dengan pencapaian 100 peratus lulus pada SPM 2016.

Turut meraih keputusan cemerlang ialah Cikgu Kamariah Amat, Zamilah Abidin dan Mohd Sobri Hashim iaitu barisan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH).

Selain itu, turut menerima Anugerah Kurikulum bagi pencapaian 100 peratus lulus SPM 2016 ialah Cikgu Lee Yap Kem (Bahasa Cina), Norliza Lena Ajuh (Biologi), Bazlin Ahmad (ICT), Adnan Ismail dan Mohd Sobri Hashim (Rekacipta), Ustazah Reny Widarty Walla (Bahasa Arab), Ustazah Noor Fadiah Kunsial (Syariah Islamiah) dan Ustazah Nor Saadah Mohd Puzi (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah).

Penerima anugerah kurikulum (Pencapaian Konsisten) PT3 ialah Cikgu Mohd Juni (Sains), Mohd Sobri Hashim (KH) dan Ustazah Reny Widarty Walla (Bahasa Arab).

Guru-guru SPM yang menerima anugerah sama ialah Cikgu Lee Mei Chi dan Avy Evonna Bacle (Fizik).

Sementara itu, Guru PT3 yang menerima anugerah kurikulum (Gred Purata Mata Pelajaran/GPMP) ialah Cikgu Lee Yap Kem dengan GPMP 1.5 (Bahasa Cina), manakala GPMP Bahasa Melayu (SPM) yang dedikasi ialah Cikgu Nor Azura @Siti Mariam Shafie (Ketua Bidang Bahasa) bersama Cikgu Hajah Elina Haji Mohd Abd Kahal (Guru Cemerlang BM) dan Cikgu Hariyani Kasuagi.

Guru-guru yang menerima anugerah kokurikulu­m ialah Cikgu Omar Haji Abdul Laja, Cikgu Mohd Zaini Abdullah, Cikgu Sawinder Kaur, Cikgu Ramziyah Md Dali, Cikgu Hairi Alam dan Cikgu Muhasi Salle.

Turut menerima anugerah kokurikulu­m ialah Ustazah Noor Fadiah Kunsial, Yusfazilah Yussof, Jurainia Abdul Dani, Mohd Zabidi Haji Lakibol, Rozaiman Haji Basari dan Nasir Omar.

Majlis meriah dan berwarni-warni yang berlangsun­g hampir dua jam itu diserikan dengan persembaha­n memukau oleh Mohd Firdaus Mohd Hidup (pelajar aliran agama) yang membacakan ayat-ayat al-Quran secara hafazan.

Mohd Firdaus merupakan wakil negeri Sabah dalam acara mengaji al-Quran sempena Karnival Dakwah Sekolahsek­olah Menengah peringkat kebangsaan.

Selain itu, sempena MAC pada kali ini, dia turut dipilih menerima ‘Anugerah Pengetua’ atas kejayaanny­a dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

Ketika ditanya tentang kejayaanny­a, Mohd Firdaus melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya dan mengucapka­n terima kasih kepada kedua ibu bapanya dan juga guru-guru atas dorongan dan nasihat serta didikan yang diberikan.

Turut menyerikan majlis itu ialah persembaha­n nasyid oleh kumpulan Nasyid SDPA yang baharu saja menduduki naib johan sempena Karnival Dakwah peringkat Daerah Semporna 2017 dan tayangan video hasil sentuhan dan kreativiti Mohd Safran Omar Ismail.

Video itu dinobatkan sebagai johan sempena Pertanding­an Video Kreatif Remaja Sihat Peringkat Kebangsaan.

Penyelaras program MAC itu yang juga Ketua Bidang Kemanusiaa­n (KBK) Cikgu Halijah Haji Baginda melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis itu berjalan lancar dan teratur dengan cuaca yang sangat baik serta hiasan dewan yang cantik serta para guru memakai pakaian mengikut tema MAC.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Abdul Aziz Abdul Rashid (pengetua) dan barisan pentadbir SDPA serta semua AJK Majlis Anugerah Cemerlang yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang cemerlang bagi menjayakan majlis itu.

“Oleh itu, para ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka memperoleh­i pendidikan yang terbaik.”

 ??  ?? BARISAN pentadbir SMK DPA Semporna bergambar kenangan bersama Abidin (duduk, tengah), Dzulkifli (dua kiri) dan Abdul Aziz (kanan).
BARISAN pentadbir SMK DPA Semporna bergambar kenangan bersama Abidin (duduk, tengah), Dzulkifli (dua kiri) dan Abdul Aziz (kanan).
 ??  ?? ABIDIN turut melancarka­n perluasan Eksa di SMK DPA Semporna.
ABIDIN turut melancarka­n perluasan Eksa di SMK DPA Semporna.
 ??  ?? ANTARA penerima anugerah cemerlang 2016.
ANTARA penerima anugerah cemerlang 2016.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir memeriahka­n dan memberikan sokongan padu terhadap majlis gilang-gemilang itu.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir memeriahka­n dan memberikan sokongan padu terhadap majlis gilang-gemilang itu.
 ?? ABIDIN MARJAN Ketua Sektor (KS), Sektor Pengurusan Akademik (SPA) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ?? ABIDIN (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Abdul Aziz.
ABIDIN MARJAN Ketua Sektor (KS), Sektor Pengurusan Akademik (SPA) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ABIDIN (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Abdul Aziz.
 ??  ?? PELAJAR terbaik SPM 2016, Hssnizam Ahmad Amin menerima anugerah disampaika­n Dzulkifli (kanan).
PELAJAR terbaik SPM 2016, Hssnizam Ahmad Amin menerima anugerah disampaika­n Dzulkifli (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia