Utusan Borneo (Sabah)

‘Kantoi’ tuduh rakan subahat curi motosikal

-

KUCHING: Seorang lelaki bertindak menuduh rakan baiknya bersubahat mencuri sebuah motosikal sehingga menyebabka­n kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dalam satu operasi di Batu Kawa di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, hasil siasatan suspek berusia 20 tahun berasal dari Kampung Segedup itu mengaku melakukan jenayah tersebut seorang diri dan menuduh rakannya bersubahat hanya untuk mengganggu siasatan polis.

Demikian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan yang turut memberitah­u suspek juga mengaku mengambil dadah jenis syabu.

“Anggota dari Balai Batu Kawa bersama Unit Ronda Bermotosik­al (URB) berjaya menahan suspek di hadapan rumahnya dan turut merampas sebuah motosikal yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Pada hari sama, seorang lagi lelaki berjaya ditahan hasil maklumat daripada suspek pertama dan siasatan lanjut mendapati dia tidak terlibat serta dituduh oleh suspek pertama hanya untuk mengeliruk­an pihak polis.

“Dia yang turut mengaku ada mengambil dadah jenis syabu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan polis.

“Siasatan lanjut juga mendapati motosikal tersebut pernah dilaporkan hilang di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) pada 21 April lalu sekitar jam 7 pagi.

“Selain itu, suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” kata Aidil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia